awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UM prihatin dengan kejadian kucing mati secara ngeri, buat satu lagi laporan polis

Firdaus Azil
Firdaus Azil
20/12/2024
22:40 MYT
UM prihatin dengan kejadian kucing mati secara ngeri, buat satu lagi laporan polis
UM berkata, pihak pengurusan amat prihatin terhadap perkembangan membabitkan kematian ngeri beberapa ekor kucing sekitar kampus serta komited untuk memastikan kawasan kampus menjadi persekitaran yang selamat. - Foto Facebook/Cat Lovers Group Malaysia
KUALA LUMPUR: Pengurusan Universiti Malaya (UM) telah membuat satu lagi laporan polis berhubung insiden seekor kucing yang ditemui mati dalam kawasan kampus pada Jumaat.
Dalam satu kenyataan media, UM berkata, pihak pengurusan amat prihatin terhadap perkembangan membabitkan kematian ngeri beberapa ekor kucing sekitar kampus serta komited untuk memastikan kawasan kampus menjadi persekitaran yang selamat.
“Insiden ini merupakan kes kedua yang berlaku, dan langkah ini diambil untuk membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut serta memastikan tindakan diambil sekiranya terdapat unsur penganiayaan oleh manusia,” katanya lagi.
Polis terdahulu berkata, kes dua ekor kucing ditemui mati dalam keadaan mengerikan pada 12 dan 16 November lalu, di Universiti Malaya (UM) yang disangkakan akibat didera oleh manusia, disahkan maut akibat serangan anjing liar.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata pihaknya menerima laporan kejadian di kawasan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, itu pada petang Selasa.
Bagaimanapun pada Jumaat seekor lagi kucing yang dikenali sebagai ‘Lily’ ditemui mati dalam keadaan menyayat hati, dengan keempat-empat kakinya seperti dipotong dan mempunyai luka besar pada badan di dalam kawasan UM.
Seorang pengguna akaun Instagram (IG) mendakwa Lily adalah kucing kelima yang didakwa dibunuh di universiti terbabit, dan turut menzahirkan persoalan mengapa kejadian itu berlaku selama berbulan-bulan tanpa sebarang tindakan.
Dalam pada itu UM berkata, Sebagai langkah proaktif, pihak pengurusan pada Ogos lepas telah meluluskan penubuhan ‘Universiti Malaya Animal Guardians’, satu inisiatif yang bertujuan menangani isu haiwan terbiar dalam kampus.
Antara fungsi utama termasuk, termasuk mengenal pasti haiwan terbiar dalam kawasan kampus UM; bekerjasama dengan Jabatan Harta Benda (JHB) untuk menyelamatkan haiwan-haiwan ini; menyediakan tempat perlindungan dan rawatan kepada haiwan yang diselamatkan; serta meningkatkan kesedaran warga kampus mengenai perlindungan dan kebajikan haiwan serta pencegahan kekejaman terhadap haiwan.
Selain itu, ia berkata, bahagian Pejabat Keselamatan juga akan meningkatkan kawalan serta menyeru semua warga kampus yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden ini untuk menghubungi pihak keselamatan di talian 03-7967 7777.
Topic Berkaitan
#kucing mati
#universiti malaya
#UM
#anjing liar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan