KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu menjadi model peranan bagi semua manusia dalam segala aspek kehidupan bermula daripada keperibadian mulia, integriti, rohani dan duniawi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata ini kerana umat Islam sejati memiliki keperibadian yang seimbang dan tidak terlalu ekstrem.
"Dia adalah pendukung amalan belas kasihan, amat bertimbang rasa, sentiasa menghulurkan bantuan dan sering menguatkan antara satu sama lain serta menggalakkan kerjasama dalam kalangan orang ramai," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sembah ucapan aluan pada Majlis Perasmian Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-63 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam ini.
Turut berkenan berangkat ke majlis itu Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Mohd Na'im juga berkata memupuk perpaduan dalam sebuah negara berbilang bangsa dan agama bukan mudah namun ia adalah tanggungjawab yang mesti dilaksana dengan penuh beramanah.
Beliau berkata al-Quran telah membentangkan pelbagai formula Rabbani untuk memperkukuh kesatuan dan perpaduan dalam konteks bernegara.
"Konsep Malaysia MADANI digarap dan dijadikan sebagai pelantar untuk masyarakat terus mengorak langkah memperkukuh rasa kebersamaan dan saling berukhuwah.
"Pelan Transformasi al-Falah turut dibangunkan sebagai inisiatif untuk bersama-sama mendukung dan merealisasikan gagasan Malaysia MADANI," katanya.
Justeru, Mohd Na'im berkata program penghayatan al-Quran seperti Majlis Tilawah dan Hafazan di peringkat antarabangsa yang sudah memasuki edisi ke-63 akan sentiasa diangkat menjadi acara rasmi di peringkat negara.
MTHQA bertemakan 'Perpaduan Teras Malaysia MADANI' anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berlangsung selama enam hari bermula 19 Ogos lepas membabitkan dua kategori iaitu pertandingan Tilawah Al-Quran dan Hafazan Al-Quran 30 juzuk.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023
Mohd Na'im berkata ini kerana umat Islam sejati memiliki keperibadian yang seimbang dan tidak terlalu ekstrem. - Gambar fail/www.sinardaily.my
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
Kejayaan Bumiputera penting untuk kejayaan Malaysia Madani - Nga
Nga Kor Ming berkata kejayaan masyarakat Bumiputera penting untuk menjayakan aspirasi Malaysia Madani yang inklusif merangkumi semua kaum.
Kerajaan akui wanita mainkan peranan penting dalam memacu kemakmuran
Kerajaan komited meletakkan kepentingan pemerkasaan wanita dan kemajuan rakyat menerusi konsep Malaysia MADANI.
Program MADANI Rakyat: Pengurangan kadar saman trafik hanya bagi kesalahan terpilih
Pembayaran hanya boleh dibuat di tapak program, tertakluk pada terma dan syarat.
Bayaran insentif awal dorong penjawat awam bina Malaysia MADANI
Ia akan menjadi pendorong kepada penjawat awam untuk bekerja sebagai satu pasukan bagi membina Malaysia MADANI.
Tol percuma sempena Krismas pada 23, 26 Disember
Pengguna lebuh raya diberi kemudahan tol percuma selama dua hari pada 23 dan 26 Disember sempena cuti sambutan Krismas.
Ahli Kabinet BN diharap wujudkan kolaborasi efektif dengan ahli Kabinet lain - Zahid Hamidi
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap ahli-ahli Kabinet Barisan Nasional mewujudkan kolaborasi yang efektif dengan ahli Kabinet lain.
PM mahu penjawat awam teruskan prestasi cemerlang ke 2024
Anwar berkata, nilai-nilai baik yang mendasari Malaysia MADANI, mampu mengangkat martabat dan darjat negara.
Anwar rasmi penutup program Setahun Bersama Kerajaan Madani
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan majlis penutup Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.
COVID-19 dijangka terus meningkat, tetapi masih terkawal - Dr Zaliha
KKM menggalakkan rakyat untuk terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.