Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menolak tuduhan kepimpinannya dalam UMNO lebih buruk berbanding bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi.

Dalam blog beliau menjawab 13 persoalan yang sering dibangkitkan sejak akhir-akhir ini.

"Barisan Nasional menang 11 negeri berbanding 9 negeri dalam Pilihan Raya Umum ke 12. Kita berjaya menawan semula Kedah, mengekalkan Terengganu dan mengukuhkan kedudukan di Perak."

Tambahnya lagi, UMNO turut menambah bilangan kerusi dalam PRU13 berbanding PRU12.

Najib yakin dengan kesan daripada Program Transformasi Nasional yang sedang dilaksanakan, kerajaan Barisan Nasional akan menunaikan janjinya.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed berkata kepimpinan Najib lebih buruk berbanding Tun Abdullah Badawi.

BERITA LANJUT MENYUSUL