awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Malaysia arah sekatan sementara terhadap Grok berkuat kuasa hari ini
Fasa kedua pilihan raya Myanmar bermula Ahad dalam suasana kurang meriah
2 kanak-kanak nyaris lemas, ditemui tidak sedar diri tepi kolam renang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO dan BN akan terus lindungi Mara - PM Najib

Firdaus Azil
Firdaus Azil
15/04/2018
11:08 MYT
UMNO dan BN akan terus lindungi Mara - PM Najib
Menurut PM Najib, Mara merupakan wahana yang penting, badan yang penting untuk merealisasikan perjuangan orang-orang Melayu dan Bumiputera. - Gambar fail
Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus melindungi kepentingan institusi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang banyak membantu melahirkan anak-anak Bumiputera menjadi insan yang cemerlang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau, yang juga Pengerusi BN berkata, keberkesanan Mara sudah sedia terbukti memandangkan banyak tokoh-tokoh negara ini dilahirkan melalui bantuan yang disediakan melalui institusi itu.
Namun, tambahnya lagi, Mara tidak wujud dengan sendirinya, sebaliknya ia wujud kerana dasar dan keputusan yang dibuat kerajaan pada hari ini iaitu kerajaan UMNO dan BN.
“Maknanya Mara ini sebuah badan dan sebuah institusi yang menjadi kenyataan kerana dasar perjuangan dulu, hari ini, dan insya-Allah secara berterusan oleh kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional,” katanya ketika berucap di Majlis Himpunan Saya Anak Mara – ‘Menggenggam Langit Biru’, di UniKL MIAT, di sini, hari ini.
Majlis anjuran Badan Pemuafakat Pendidikan Mara Kebangsaan (Muafakat) itu, telah berjaya menghimpun lebih 5,000 pelajar yang bernaung di bawah institusi itu.
Ia bertujuan bagi menzahirkan rasa terima kasih mereka terhadap sumbangan dan komitmen kerajaan dalam memperkasakan agenda Bumiputera.
Dalam ucapannya, Datuk Seri Najib turut menggariskan beberapa sebab mengapa Mara akan terus dilindungi selagi UMNO dan BN akan terus menerajui pemerintahan di negara ini.
“Kewujudan Mara ada hubung kait dengan perlembagaan parti UMNO kerana dalam fasal parti sudah tertulis dengan jelas bahawa hak Melayu dan Bumiputera akan terus diperjuangkan.
“Dan Mara merupakan wahana yang penting, badan yang penting untuk merealisasikan perjuangan orang-orang Melayu. Dan ia juga kerana agenda pemerkasaan Bumiputera juga merupakan agenda nasional,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#agenda
#Barisan Nasional
#Bumiputera
#Majlis Amanah Rakyat
#MARA
#Najib Razak
#pendidikan
#Perdana Menteri
#rakyat
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan