UMNO, parti politik terbesar orang Melayu, diramal berhadapan cabaran besar dan ujian paling getir dalam pilihan raya umum ke-14, sekali gus menentukan 'hidup atau mati' parti itu.
Bagi negeri Johor yang menjadi kubu UMNO selama ini, parti berusia 70 tahun ini mesti segera mencari 'penawar' mengatasi pelbagai serangan dan sentimen negatif yang berlegar dalam kalangan rakyat.
Perhimpunan Agung UMNO 2016 minggu hadapan adalah medan paling sesuai untuk bermuhasabah diri dan mengatur strategi perang menghadapi pilihan raya umum itu.
Dalam tempoh kurang dua tahun dari sekarang berikutan mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berakhir sekitar Jun 2018, sokongan dan keyakinan rakyat mesti dipulihkan dan UMNO perlu bingkas meyakinkan bahawa parti tunjang BN ini relevan untuk terus mendukung hasrat rakyat dan menerajui pentadbiran negara.
Mengakui laluan yang dihadapi UMNO Johor amat berliku dan mencabar berikutan suasana politik melibatkan tokoh UMNO dari negeri ini, Pengerusi Badan Perhubungan Veteran UMNO Johor Datuk Abd Rahman Yunos berkata anggota UMNO Johor mesti bangkit dan bersama-sama kepimpinan parti untuk memastikan UMNO utuh dan bersatu mempertahankan parti.
Katanya UMNO Johor yang pernah melalui pelbagai ujian dari zaman pengasas parti Datuk Onn Jaafar keluar dari parti pada 1951, selepas itu Tun Musa Hitam meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri pada Februari 1986, kini berhadapan dengan situasi politik sukar ekoran pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinet sebagai timbalan perdana menteri, yang akhirnya dipecat daripada jawatan timbalan presiden UMNO.
Abd Rahman berkata pergolakan yang berlaku bukanlah alasan bagi anggota parti untuk berasa goyah atau beralih arah kerana kesetiaan perlu bersandarkan kepada perjuangan parti dan bukannya individu atau pemimpin tertentu.
"Tolong jaga parti ini. Parti ini lahir di atas air mata keringat bangsa Melayu. Pemimpin boleh datang, pemimpin boleh pergi, namun UMNO perlu kita pertahankan," kata veteran berusia 73 tahun itu kepada Bernama baru-baru ini.
Abd Rahman, yang pernah menjadi pegawai khas bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, juga menegur "sesetengah" pemimpin UMNO yang tidak turun padang memberi "sentuhan" kepada akar umbi termasuk golongan veteran.
"(Ini menyebabkan) bila ada masalah seperti ini, ada segelintir ahli parti cepat beralih sokongan, sebab mereka rasa terpinggir. Bila ada orang lain (pembangkang) hampiri dan dekati mereka, mereka mudah tersentuh dan menukar haluan. Jadi kita tidak boleh salahkan mereka bila hal seperti ini terjadi," kata beliau yang berasal dari Chaah, Labis.
Abd Rahman turut memuji tindakan dan kepimpinan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selaku pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang banyak berusaha mengurangkan kesan kehilangan Muhyiddin daripada UMNO, sekali gus meredakan gejolak politik daripada menjadi lebih buruk.
"Mohamed Khaled ini ada cara tersendiri. Selalu dekati semua golongan masyarakat termasuk golongan veteran," katanya.
Antara tindakan Mohamed Khaled adalah merancang Pelan Masa Depan UMNO Johor yang menggariskan 11 agenda besar dalam ikhtiar memodenkan UMNO untuk tempoh 10 tahun akan datang, yang diumumkan pada Ogos lepas.
Agenda, yang bertujuan memulihkan keyakinan rakyat terhadap UMNO, antara lain melibatkan penubuhan Sekolah Politik dan Kepimpinan UMNO serta institut pemikir Bait Al Amanah, khusus untuk UMNO Johor.
Mohamed Khaled, dalam nada berterus terang dan berani ketika berucap pada Konvensyen UMNO Johor, 10 Nov lepas mempertahankan UMNO sebagai institusi yang telah banyak berjasa kepada negara, khususnya orang Melayu.
Namun, beliau dengan lantang turut menegaskan bahawa orang Melayu, khususnya anggota UMNO mesti mengubah fikiran dan sikap terlalu bergantung pada hak dan bantuan.
Bagi Anggota Dewan Undangan Permas itu, sikap anti persaingan dan anti kemajuan mesti berakhir dan UMNO adalah wadah terbaik untuk melakukan perubahan tersebut.
Niat Menteri Besar Johor itu jelas mahu UMNO Johor serius bangkit menebus maruah dan mempertahankan Johor, sekali gus membuktikan UMNO masih parti yang relevan untuk membantu rakyat.
Meskipun ada yang mengejek frasa "Bangsa Johor" dengan menganggapnya sebagai satu semangat kenegerian yang melampau, ia diakui secara tidak langsung boleh menjadi faktor kebersatuan UMNO Johor yang menjadi kunci kekuatan pada pilihan raya umum akan datang.
Selain itu, strategi Muhyiddin membuka cawangan pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Pagoh, tidak boleh dianggap "enteng" memandangkan kerusi Parlimen itu telah dipegangnya sejak 1978.
Bekas pemimpin tertinggi UMNO itu dilihat menggunakan pengaruhnya sebagai pemimpin lama dan anak kepada guru agama terkenal di Muar sebagai tiket baginya untuk terus bertahan.
Justeru, UMNO Johor tidak boleh leka dan perlu menggembleng segala kekuatan yang ada untuk mempertahankan serta mengembalikan maruah parti di negeri ini.
Pada PRU13, BN memenangi 21 daripada 26 kerusi Parlimen dan 38 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di Johor. BN kini hilang satu kerusi Parlimen iaitu Pagoh yang disandang Muhyiddin dan satu kerusi DUN apabila Anggota Dewan Undangan Negeri Jorak Datuk Dr Shahruddin Md Salleh keluar UMNO.
Bernama
Sat Nov 26 2016
Perhimpunan Agung UMNO 2016 minggu hadapan adalah medan paling sesuai untuk bermuhasabah diri dan mengatur strategi perang menghadapi pilihan raya umum itu. - Gambar fail
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.