PADANG TERAP: UMNO Bahagian Padang Terap meluluskan usul tanpa berbelah bahagi menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri.
Ketuanya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, UMNO bahagian itu turut meluluskan usul memberi kepercayaan kepada Presiden Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta kepimpinan parti menyusun strategi memperkukuhkan UMNO.
"Alhamdulillah, UMNO Padang Terap mencapai kata sepakat itu dengan ketetapan tersebut yang menandakan keyakinan teguh seluruh kepimpinan Bahagian Padang Terap untuk melihat UMNO terus diperkukuhkan.
“Kepimpinan dan seluruh ahli-ahli UMNO Padang Terap juga mencapai kata putus itu selaras dengan situasi semasa iaitu untuk menghadapi pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi", katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan.
Tambah Mahdzir, UMNO Bahagian itu juga meluluskan usul bertegas dalam menangkis sebarang usaha oleh mana-mana pihak yang boleh mengundang campur tangan asing dalam hal ehwal negara ini.
"UMNO Padang Terap berpandangan, walau di dalam apa jua bentuk dan alasan sekalipun, kita tidak boleh membiarkan campur tangan asing dalam urusan negara kerana kita mampu membentuk negara kita berdasarkan acuan dan hala tuju kita sendiri," kata beliau.
Selain itu, UMNO Padang Terap juga, jelas Mahdzir, meluluskan usul memerangi sebarang bentuk penyebaran dan dakyah yang tidak bertanggungjawab serta penyalahgunaan media sosial, cetak dan elektronik sebagai medan penyebar fitnah, propaganda dan adu domba.
Turut diluluskan, usul supaya bersiapsiaga menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan penuh iltizam, cekal dan sehati sejiwa tanpa sebarang prasangka di semua peringkat kepimpinan dan ahli sama ada di pusat, negeri, bahagian dan cawangan.
"Berpaksikan kebenaran, kesungguhan serta kejujuran dalam memperjuang dan membela rakyat, dengan rekod keupayaan terdahulu dalam menerajui kepimpinan negara, persidangan UMNO Bahagian Padang Terap pada kali ini mengambil ketetapan menyokong penuh gandingan kepimpinan utama negara dan parti yang menjiwai denyut nadi rakyat dan suara hati parti keramat ini di bawah satu bumbung Keluarga Malaysia,” kata Mahdzir lagi.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Oct 16 2022
Datuk Seri Mahdzir Khalid (tengah) berkata, UMNO Padang Terap mencapai kata sepakat itu dengan ketetapan tersebut yang menandakan keyakinan teguh seluruh kepimpinan Bahagian Padang Terap untuk melihat UMNO terus diperkukuhkan. - Gambar Astro AWANI
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
UMNO Padang Terap lulus usul Ismail Sabri terus terajui negara
UMNO bahagian itu turut lulus usul beri kepercayaan kepada Ahmad Zahid Hamidi serta kepimpinan parti susun strategi perkukuhkan UMNO.
UMNO Padang Terap mahu Ismail Sabri jadi 'poster boy'
Penggunaan gambar Ismail Sabri sebagai 'poster boy' itu diyakini mampu menarik orang ramai untuk mengundi BN dan UMNO.