awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO-Pas kekal muafakat - Asyraf Wajdi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
17/10/2020
07:05 MYT
UMNO-Pas kekal muafakat - Asyraf Wajdi
Dalam pertemuan tersebut, Asyraf berkata Abdul Hadi sempat menitipkan pesanan bahawa Umno dan Pas adalah tunjang kekuatan orang Melayu dan Islam. - Instagram/Asyraf Wajdi Dusuki
KUALA LUMPUR:Di sebalik ketidaktentuan politik semasa, UMNO dan Pas terus menzahirkan komitmen untuk mengekalkan muafakat yang terjalin antara dua parti tersebut menerusi Muafakat Nasional (MN).
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ia diterjemahkan menerusi pertemuan antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada Sabtu malam.
"Alhamdulillah pertemuan yang berlangsung selama hampir dua jam penuh dengan semangat ukhuwwah dan mahabbah.
"Kedua-dua pimpinan tertinggi ini turut berkongsi citra dan semangat untuk terus memastikan Muafakat UMNO-Pas dipertahan dan diperkasakan.
"Biarlah apa jua tohmahan dan fitnah yang cuba dilontarkan untuk menggagalkannya, yang pasti UMNO-Pas terus kekal muafakat," katanya dalam entri di laman Facebook, pada Sabtu.
Menerusi gambar yang dikongsi, turut sama hadir adalah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Dalam pertemuan tersebut, Asyraf berkata Abdul Hadi sempat menitipkan pesanan bahawa UMNO dan Pas adalah tunjang kekuatan orang Melayu dan Islam.
"Kita kena pastikan tunjang ini terus diperkuatkan demi rakyat dan Ummah!" katanya sambil memaklumkan pesanan tersebut nyata memberi kesan di jiwanya.
Terdahulu, UMNO dalam mesyuarat Biro Politik parti itu meletakkan syarat baharu untuk meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan Perikatan Nasional.
Topic Berkaitan
#presiden
#Pemuda UMNO
#Zahid Hamidi
#Asyraf Wajdi Dusuki
#PAS
#UMNO
#Muafakat Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan