Umno perlu mencari pendekatan dan cara terbaik dalam mendepani masalah rakyat, termasuk golongan muda, untuk memastikan parti itu kekal relevan dan kukuh sebelum pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerelevanan Umno turut bergantung kepada sokongan generasi muda lebih-lebih lagi dengan lebih tiga juta anak muda bakal menjadi pengundi menjelang tahun 2018.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata generasi muda perlu didampingi seawal mungkin, malah sebelum mereka mereka layak menjadi pengundi lagi kerana pengaruh mereka yang amat besar pada zaman ini.
Katanya Umno tidak boleh lagi bergantung kepada pendekatan atau cara lama, sebaliknya perlu merangka tindakan yang tepat dan berkesan selain memastikan proses 'mendampingi' rakyat sentiasa dilakukan.
"Jangan tunggu dekat pilihan raya baru hendak cari jalan," tegasnya yang menyifatkan parti itu kini mengharungi zaman sukar berikutan perubahan sosio-budaya dan politik," katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Batu, di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata sekiranya kepimpinan parti tidak sedar atau tidak mengambil pendekatan wajar untuk memperakui perubahan minda rakyat, Umno akan menjadi parti yang jumud.
"Psikologi semasa kita berhadapan dengan zaman sukar mesti berbeza daripada semasa kita berdepan zaman senang, lebih-lebih lagi kita hendak pertahankan kuasa politik kita, dan persoalan ini kritikal dan perlu diselesaikan sebelum 2018," katanya.
Justeru katanya Umno di seluruh peringkat harus berusaha lebih kuat dengan turun ke akar umbi untuk memahami dan mengetahui masalah mereka.
Umno juga memerlukan idea-idea luar biasa atau 'faktor wow' untuk meraih kembali sokongan majoriti rakyat, katanya.
Bernama
Sun Sep 07 2014
MUHYIDDIN: Umno juga memerlukan idea-idea luar biasa atau 'faktor wow' untuk meraih kembali sokongan majoriti rakyat.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Pendakwah perlu pertingkat penguasaan Bahasa Inggeris - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru pendakwa meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris bagi membolehkan mereka berdebat dengan pemikir di Eropah dan negara luar dengan lebih baik.
KPKM kaji pindaan beberapa akta berkaitan peladang, nelayan
KPKM sedang mengkaji semula pindaan terhadap Akta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 (Akta 110), Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) serta Akta Persatuan Nelayan 1971 (Akta 44).
Kesihatan mental: Ibu bapa, guru, pelajar perlu peka, kesan tanda awal kecenderungan bunuh diri
Kes kematian remaja termasuk pelajar sekolah sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.
Stigma sosial halang individu dapatkan rawatan kesihatan mental
Golongan muda atau pelajar universiti sedar akan kewujudan perkhidmatan kaunseling tetapi enggan dapatkan rawatan.
Nie Ching gesa pencinta kandungan golongan muda terap nilai komuniti
Pencipta kandungan perlu menyedari tidak semua kandungan mempunyai nilai intrinsik hanya kerana ia mudah untuk dihasilkan.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
Kerajaan terus beri galakan kepada pemaju komited dengan pembinaan RMM - Fadillah
Kerajaan akan terus memberi galakan menerusi pelbagai insentif termasuk pelepasan cukai dan akses kepada tanah yang lebih strategik kepada pemaju yang komited dengan pembinaan rumah mampu milik (RMM)
Ibu bapa perlu luang lebih masa, interaksi bersama anak
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan ibu bapa agar meluangkan lebih masa dan berinteraksi bersama anak-anak bagi memupuk hubungan lebih harmoni.
Aplikasi Facebook dikemas kini untuk menarik pengguna lebih muda
Ciri terbaharu ini sedang diuji di Amerika Syarikat dan Kanada.
FWD perkukuh program celik kewangan, lebih 15,000 pelajar dijangka terima manfaat
FWD Insurance berganding bahu dengan organisasi-organisasi tempatan untuk meningkatkan ilmu kewangan pelajar dari segenap peringkat usia.