awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO perlu jawatan untuk bantu rakyat - Tajuddin

Hilmi Malik
Hilmi Malik
29/10/2020
08:29 MYT
UMNO perlu jawatan untuk bantu rakyat - Tajuddin
UMNO perlu jawatan untuk bantu rakyat - Tajuddin
KUALA LUMPUR :UMNO memerlukan jawatan dalam kerajaan dalam usaha membantu rakyat selain mengukuhkan lagi kedudukan parti itu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, UMNO tidak diberikan jawatan yang sewajarnya ketika ini di dalam kerajaan.
“Perasaan tidak puas hati di kalangan ahli UMNO itu ada, kita tidak diberikan posisi atau kedudukan yang sewajarnya dalam kerajaan.
“Kedudukan dalam kerajaan ini penting kerana kalau tidak ada kedudukan, tidak ada kuasa, apa yang kita boleh buat untuk membantu rakyat?” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Tajuddin yang juga merupakan ahli parlimen Pasir Salak menyatakan tidak menjadi satu masalah besar untuk menempatkan salah seorang pemimpin UMNO untuk mengisi tempat Timbalan Perdana Menteri.
“UMNO juga ada sumbangan dalam kerajaan Perikatan Nasional, kalau nak kata kita (UMNO) gila kuasa, pangkat, kedudukan dan sebagainya dah berapa lama sebelum ini tiada isu tersebut bangkit.
“Kita sokong kerajaan Perikatan Nasional tetapi dalam masa sama jangan ambil kesempatan walaupun kita sokong dan tidak tuntut apa-apa sebelum ini,” katanya lagi.
Menurut sumber, malam ini bakal diadakan satu Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MT) malam ini di Menara Dato' Onn, World Trade Centre.
Mesyuarat yang akan dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan akan membincangkan secara terperinci mengenai cadangan penstrukturan semula Kabinet.
Topic Berkaitan
#kabinet
#rakyat
#UMNO
#Zahid Hamidi
#Tajuddin Abdul Rahman
#Timbalan Perdana Menteri
#majlis tertinggi
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan