UMNO hari ini mempersoalkan keikhlasan PAS dalam melaksanakan hukum hudud di Kelantan, sama ada ia benar-benar berlandaskan Islam atau sekadar meraih sokongan politik semata-mata.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini berdasarkan kenyataan pemimpin DAP Teresa Kok Selasa lepas yang mendakwa PAS ingin melaksanakan hukum itu bagi mengelakkan kehilangan sokongan Melayu, selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.
"Jika benar apa yang dinyatakan Kok bahawa ia untuk memerangkap UMNO dan mencapai tujuan politik PAS semata-mata tentunya hukum hudud yang bakal dilaksanakan dan hajat untuk mendapatkan sokongan daripada Umno merupakan taktik politik yang harus dinilai semula oleh semua orang Islam di Malaysia," katanya pada persidangan akhbar di sini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata UMNO akan mengkaji kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS mengenai maksud tersurat dan tersirat tujuan parti itu ingin melaksanakan hukum hudud.
Beliau berkata UMNO tidak pernah menolak hukum hudud, malah memberi dukungan kepada cadangan melaksanakannya yang merupakan hukum qat'ie (yang tidak boleh dipertikai) selagi ia berlandaskan hukum Islam sepenuhnya berdasarkan kepada nas, Ijma' Ulama' dan Qiyas.
Kok yang dipetik dalam portal berita berkata PAS mengalami kesukaran dalam berdepan masyarakat kampung Melayu kerana UMNO menguar-uarkan dakwaan mereka dikawal oleh DAP.
Justeru, anggota Parlimen Seputeh itu berkata PAS tidak boleh berdiam diri setelah menerima cabaran yang diberikan UMNO dalam isu hudud, jika tidak, lebih banyak sokongan Melayu akan hilang.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang ditanya mengenai buku 'Perempuan Nan Bercinta' karya Faisal Tehrani yang diharamkan Kementerian Dalam Negeri minggu lepas kerana kononnya mempromosikan ajaran Syiah, berkata ia dilakukan supaya penyebarannya (Syiah) tidak dilakukan di negara ini.
"Ini kerana kita yakin kepada pegangan ahli Sunnah Waljamaah. Ia juga untuk mengelakkan sebarang penyelewengan dilakukan di negara ini," katanya.
Kementerian, katanya, ada mendapatkan pandangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berhubung pengharaman buku itu.
Buku setebal 410 halaman berbahasa Melayu yang diterbitkan Institut Terjemahan dan Buku Negara dilancarkan pada 2012 mengisahkan tentang seorang profesor yang bersahabat dengan seorang aktivis hak asasi manusia dan mereka berdua berdebat serta berbincang tentang pelbagai isu.
Bernama
Fri May 02 2014

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. --gambar fail

AWANI Ringkas: COVID-19: 2,063 kes baharu | Bukan lemas tetapi kebocoran organ perut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00PM).

AWANI Ringkas: Keuntungan Khazanah susut | Anwar jumpa Speaker minta Dewan Rakyat bersidang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00PM).

"Doakan kita boleh balik kampung raya tahun ini" - Ismail Sabri
"Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini," demikian luah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

AWANI Ringkas: PH rayu Agong titah Sidang Parlimen diadakan | Bersatu pandang serius surat Presiden UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (11:00PM).

Arahan bekerja dari rumah masih kekal - Ismail Sabri
Arahan bekerja dari rumah masih berkuat kuasa walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri kini dilonggarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Iklan jualan vaksin COVID-19 dalam talian palsu - Dr Noor Hisham
Iklan penjualan vaksin COVID-19 secara dalam talian adalah palsu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
![[TERKINI] PH rayu Agong titah sidang Parlimen diadakan [TERKINI] PH rayu Agong titah sidang Parlimen diadakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893740/8967789641614873142506_640x360.jpg)
[TERKINI] PH rayu Agong titah sidang Parlimen diadakan

Aktiviti hiburan catat kesalahan tertinggi semalam - Ismail Sabri
Kesalahan berulang itu menjadi antara sebab mengapa kerajaan meningkatkan hukuman kepada mereka yang ingkar SOP.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

UMNO beri PH 'nyawa' jika tidak bersama PN - Penganalisis politik
Sekiranya UMNO kekal dengan keputusan tidak bersama dengan Perikatan Nasional, tindakan itu akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan.

Survival politik Amanah dan setiakawan yang dikhianati
Melihat kepada kemorosotan populariti Amanah di ruangan publik dan juga bahan sebutan di kalangan rakyat, ini sesuatu yang membimbangkan.

PN, BN 'berpecah', peluang cerah buat PH kembali ke Putrajaya - Guan Eng
Setiausaha Agung DAP itu yakin rakyat mula sedar sumbangan Pakatan Harapan semasa mentadbir negara.

PKR kekal tanding di Parlimen, DUN yang dikhianati - Saifuddin
Keputusan itu telah dibuat melalui kesepakatan selepas rundingan berhubung pembahagian kerusi PRU-15.

Politik Melayu perlu bersatu - SEDAR
Amat mengecewakan jika UMNO, Pas dan Bersatu gagal mencari kesepakatan sebagai satu pasukan yang mantap.

"Biar PKR Sarawak selesaikan masalah dalaman mereka" - DAP Sarawak
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menyerahkan sepenuh kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak untuk menyelesaikan kemelut politik parti itu.

Politik Sabah: Adun DAP setia bersama Warisan Plus
Selepas Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah tampil menjelaskan tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu bertindak keluar parti.

Politik Sabah : Dakwaan Adun Warisan keluar ramai-ramai satu fitnah
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Warisan Sabah (Warisan) di pantai timur Sabah kekal utuh bersama parti berkenaan.

FB Live mengenai darurat: Aziz Bari beri keterangan kepada polis
Dia dipanggil polis untuk memberi keterangan bermula jam 11.45 pagi dan selesai kira-kira 1 tengah hari.

Kerjasama dengan musuh: Pandangan Najib tidak wakili akar umbi
Pandangan Datuk Seri Najib Razak berkaitan kerjasama dengan musuh UMNO sedikit sebanyak mampu mempengaruhi akar umbi UMNO memandangkan beliau adalah bekas Presiden UMNO.