MENGAMBIL alih tampuk kepimpinan Umno selepas tidak lagi bergelar kerajaan, bukan tugas mudah buat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sebagai presiden, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan Umno terus kekal relevan.
Malah Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2018 pada 29 dan 30 September ini turut mencatatkan sejarah kerana buat pertama kalinya Umno berhimpun sebagai pembangkang.
Wartawan Sinar Harian bertemu Ahmad Zahid untuk mendapatkan gambaran mengenai hala tuju Umno.
SOALAN: PAU kali ini menarik perhatian kerana penampilan pertama Datuk Seri sebagai presiden dan Umno pula dalam kedudukan pembangkang. Bagaimana Datuk Seri bangkitkan sokongan dan kepercayaan ahli kepada parti?
Ramai yang beranggapan bahawa Umno akan lenyap selepas kalah pada PRU14. Ramai yang mengharapkan Umno dibubarkan. Tetapi peringkat akar umbi mahu kepimpinan yang ada hari ini bangkit.
Biarlah apa juga terjahannya, atau permasalahan yang dibangkitkan, yang penting kita perlu mempunyai daya tahan.
PAU kali ini kita hanya peruntukkan satu hari sahaja untuk bangkitkan apa juga isu. Lazimnya kita mempunyai empat usul iaitu membahaskan ucapan presiden, usul ekonomi, usul berkaitan agama Islam dan pendidikan.
Sekarang kami hanya tumpu pada satu sahaja iaitu sebagai pembangkang bukan kerajaan.
Dahulu kita kemuka empat usul kerana kita mahu pandangan daripada akar umbi tentang apakah yang mahu dilakukan oleh Umno sebagai kerajaan. Ini kerana tunjang kepada kerajaan itu ialah Umno bersama parti-parti komponen lain.
Kini kita harus mengubah minda kita. Apakah pandangan jurucakap negeri-negeri yang mewakili akar umbi berkenaan dan inilah yang mahu diketahui oleh para perwakilan dan pada masa yang sama kita haris berlapang dada dan berfikiran terbuka.
Maka kepimpinan Umno merasakan kebebasan untuk menyuarakan pendapat tidak perlu ada kongkongan. Inilah suara yang kita mahu dengar mereka perlu tahu hala tuju iaitu mesti menjadi kerajaan atau sebahagian daripada kerajaan. Itu hala tuju kita.
Banyak kaedah yang harus kita perincikan untuk menterjemahkan hala tuju itu saya tidak akan merungkaikan sekarang kerana ia akan mendahului ucapan dasar. Maka eloklah tunggu ucapan dasar saya.
Apakah Umno dan BN mampu menjadi kerajaan semula dalam tempoh terdekat atau selepas PRU15?
Ya mungkin selepas PRU15. Mungkin juga sebelum PRU15.
Namun kita harus bersedia dengan landskap politik di mana dinamik politik harus difahami sepenuhnya kerana keterbukaan kita mengadakan perundingan sesama pakatan pembangkang ataupun di luar daripada lingkaran itu.
Maka dasar pintu terbuka ini kita lakukan semasa-mata demi dinamik politik itu yang tidak harus statik dalam bentuk harakah atau pergerakan kita. Lantas kita merasakan pada perhimpunan kali ini, biarpun kita sebagai pembangkang tapi saya ingin menyatakan kita sebenarnya ‘govenment in waiting’.
Apakah bermaksud kerjasama dengan Pas selepas ini akan lebih serius?
Ya, sebagai pakatan pembangkang kita bekerjasama amat serius dengan Pas. Tetapi pada masa yang sama kita juga tidak menolak untuk bekerjasama dengan parti-parti lain yang menjadi pembangkang atau bebas. Kita merasakan bahawa pendekatan kita bukan lagi memberikan perkhidmatan tetapi menggunakan isu kerana terlalu banyak isu yang mendominasi pemikiran rakyat.
Mereka turut terjebak untuk melakukan perubahan tetapi akhirnya penyesalan berada di minda dan hati mereka kerana apa yang harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.
Apakah Datuk Seri melihat ia sebagai satu momentum yang baik kepada Umno?
Yang penting bukan banyaknya parti teras yang bergabung tapi yang utama adalah dokongan daripada rakyat itu sendiri apatah lagi pengundi yang dicadangkan akan diturunkan had umur.
Dalam keadaan demikian sebagai parti yang progresif, maka kepompong pemikiran kita bukanlah sebagai pembangkang, semata-mata untuk membangkang tetapi membawa isu-isu rakyat yang telah dikelirukan kerana tumpuan isu hanya kepada seseorang.
Apabila tumpuan itu telah berubah tentunya kita perlu berubah dan melihat apa yang hendak dilakukan itu bukan untuk perubahan balas dendam.
Isu MA63 kembali ditimbulkan. Bagaimana Umno menangani perkara ini sebagai pembangkang?
Sebelum ini kita mempunyai dua buah jawatankuasa untuk menilai MA63.
Di Sarawak, jawatankuasa ini dipengerusikan Datuk Nancy Shukry. Di Sabah, ia dipengerusikan Datuk Seri Anifah Aman.
Apa yang kita lakukan rumusan daripada jawatankuasa itu dimasukkan dalam Manifesto BN pada PRU14 lalu namun tidak dapat dilaksanakan apabila tewas.
Tetapi kami mempunyai cita-cita yang besar agar MA63 dapat dilaksanakan.
Maka dalam cadangan kerajaan sekarang untuk meminta pembangkang juga bersama-sama dengan mereka untuk mendapatkan suara dua pertiga majoriti untuk meminda perlembagaan bagi menterjemahkan MA63 ini. Bukan sesuatu yang baru untuk kita kerana kita yang memulakannya dan kita memberi kebebasan untuk ahli Parlimen BN dan Umno untuk mengemukakannya.
Tentunya ia merupakan kesinambungan komitmen kami untuk rakyat di Sabah dan Sarawak menikmati apa yang telah dijanjikan dalam MA63.
Walaupun telah menjadi pembangkang, Datuk Seri masih tidak mengenepikan janji dan perancangan BN sebelum ini?
Ya. kita ikhlas dan kita komited untuk memenuhi kehendak-kehendak dalam perjanjian berkenaan dan kita mesti turut memberi dokongan terhadap hasrat rakyat di Sabah dan Sarawak untuk mendapat hak yang mereka telah janjikan.
Sepanjang terlibat politik, barangkali ini adalah cabaran paling besar?
Inilah pertama kali Presiden Umno bukan perdana menteri dan bukan mudah apabila kuasa tidak menjadi landasan utama kepada Umno.
Tentu ada permasalahan sebagaimana yang telah dihadapi oleh mana-mana parti di dunia ini yang telah kehilangan kuasa dan berlaku kejutan budaya kepada pemimpin-pemimpinnya untuk menjadi pembangkang.
Namun saya berbangga kerana ahli-ahli Parlimen Umno dan BN menjadi pembangkang yang cukup efektif di Dewan Rakyat.
Kita tidak berhasrat untuk terus menjadi pembangkang. Setiap parti politik mesti berhasrat menjadi kerajaan dan Umno tidak terkecuali dalam soal ini. Namun bagaimanakah metodologi hala tuju itu mahu dicapai? Itu tidak perlu kita kongsi. Strategi telah kita susun. Apabila strategi itu kita dedahkan, ia tidak lagi menjadi strategi.
Oleh sebab itu apa yang akan kami lakukan akan dapat dilihat oleh rakyat bahawa dinamika Umno dan BN itu terus relevan walaupun banyak bacaan-bacaan politik menyatakan ini adalah kubur terakhir kepada Umno, malah Umno itu sendiri mahu di'lianglahad'kan.
Saya harap bacaan mereka itu salah. Mereka tidak tahu bahawa di akar umbi itu kekuatannya tetap utuh. Hanya yang tidak mempunyai daya tahan yang kuat sahaja melompat dahan dan mahu menumbangkan pokok. Mereka harus ketahui bahawa akar tunjang pokok Umno itu masih kukuh.
Bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadapi 32 pertuduhan yang dikaitkan dengan 1MDB. Adakah ini satu usaha untuk melumpuhkan Umno apabila mengaitkannya dengan wang haram.
Itu adalah bacaan luar. Kita tidak menolak bahawa 'rule of law' itu telah disalah guna.
Ia mempunyai objektif politik dan tentunya kita mahu 'rule of law' dilaksanakan sepenuhnya dan kita harapkan apa yang dilakukan oleh badan dan agensi siasatan yang selama ini melakukan siasatan secara profesional dapat meneruskan profesionalisme itu.
Saya yakin mereka boleh lakukan. Tidak harus ada arahan atau campur tangan daripada mana-mana pihak di luar jika 'rule of law' ini diterjemahkan maka tentunya tatacaranya akan dilakukan sepenuhnya.
Bukannya hukuman telah dibuat sebelum pertuduhan dan keputusan mahkamah itu dijatuhkan ke atas seseorang.
Bagaimana Datuk Seri melihat trend penarikan balik kes terhadap beberapa individu?
Saya fikir rakyat mengetahui bahawa bukan salah sistem kehakiman. Yang salah siapakah yang mengarahkan sistem kehakiman itu untuk melakukan tindakan-tindakan sebaliknya. Dalam perkara ini, rakyat menuntut keadilan supaya mahkamah adalah rujukan terakhir untuk menentukan keadilan itu diperolehi.
Mana mungkin tuduhan ditarik sebelum perbicaraan seterusnya dilakukan ataupun penghapusan terhadap sesuatu tindakan semata-mata mahu menyelamatkan seseorang kerana seseorang itu telah menjadi penguasa. Saya rasa rakyat boleh menilai sendiri dengan apa yang sedang berlaku sekarang.
Apakah Datuk Seri juga akan dikaitkan dengan tuduhan-tuduhan?
Terpulang kepada badan penyiasat. Saya telah memberikan keterangan. Jika saya mahu dibawa ke muka pengadilan, saya bersedia kerana mereka mempunyai hak untuk membawa seseorang ke muka pengadilan asalkan tiada arahan di luar sistem itu. Maka kita harus reda dengan apa yang sedang dilakukan. Jangan menuduh agensi-agensi berat sebelah ketika mereka melakukan tindakan secara profesional.
Sinar Harian
Thu Sep 27 2018
AHMAD ZAHID: Saya ingin menyatakan kita sebenarnya government in waiting. -Foto Sinar Harian
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Thailand tewaskan Malaysia 1-0
Rekod tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu malam.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Polis menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM44,200 di hadapan sebuah pasar raya di Bera pada Sabtu.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar pada Sabtu malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Yoon Suk Yeol ikrar lakukan yang terbaik untuk Korea 'hingga ke penamat'
Suk Yeol membuat janji itu ketika berdepan penggantungan tugas selepas Parlimen mengundi untuk mendakwa beliau.
Proses libatkan pengampunan pesalah perlu dipatuhi - Fahmi
Sebarang proses melibatkan pengampunan terhadap pesalah perlu dipatuhi oleh semua pihak, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
PAU 2024: Mood sudah positif, tetapi ‘self-criticism’ tidak boleh terhenti - Presiden UMNO
Ahmad Zahid berkata parti itu perlu terus muhasabah diri atau self-criticism, bagi memastikan ia kembali mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
PAU 2024: Akmal cadang tukar Menteri Komunikasi dengan wakil UMNO
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kepada Presiden UMNO agar Menteri Komunikasi digantikan dengan wakil daripada UMNO.
PAU 2024: 72 bahagian bawa usul minta UMNO terus perjuang keadilan, pengampunan penuh buat Najib
Daripada 171 usul diterima, 72 daripadanya menuntut keadilan dan pengampunan penuh buat bekas Perdana Menteri, Najib Razak.
ADUN Rembia perlu kemuka bukti sertai Pas sejak 2023 - Ketua Menteri
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis perlu mengemukakan bukti beliau menyertai Pas sejak 2023 sebelum persidangan DUN pada November ini.
Puteri UMNO perlu berevolusi sesuai perubahan zaman - Nurul Amal
Anggota Puteri UMNO perlu terus aktif, berevolusi sesuai dengan perubahan zaman, pantas beradaptasi dan berfikir di luar lingkungan kebiasaan.
PENTalk jadi platform pimpinan UMNO kongsi kejayaan, idea - Azalina
Pencapaian kementerian dan negeri diterajui pemimpin UMNO menjadi antara inti pati pembentangan kepada Ketua Penerangan UMNO bahagian bagi membuka tirai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024.
Belum ada petunjuk jelas orang Melayu kembali sokong UMNO - Mohamad
Beliau berkata, meskipun melakar kejayaan pada PRK Dewan Undangan Negeri Nenggiri, ia bukan tanda aras bagi pemulihan sepenuhnya UMNO.
Wujudkan ‘Team Sukses UMNO’, kembalikan kegemilangan parti – Tok Mat
Tok Mat berkata, Team Sukses UMNO harus dipacu dari satu sahaja pusat kawalan dan mesti disambut oleh semua di pelbagai negeri, bahagian.
Kejayaan kementerian, kerajaan negeri diterajui UMNO jadi 'pembuka tirai' Perhimpunan Agung UMNO 2024
Pencapaian kementerian dan negeri yang diterajui pemimpin UMNO dibentangkan kepada Ketua Penerangan UMNO bahagian sebagai 'pembuka tirai' Perhimpunan Agung UMNO 2024 yang bermula hari ini.