UMNO sudah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila pembahagian kerusi parti Melayu itu sudah hampir selesai.
Dalam masa sama, parti berkenaan juga menjangkakan proses pembahagian kerusi bersama dengan komponen Barisan Nasional (BN), kerjasama Muafakat Nasional bersama Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dapat dimuktamadkan pada penghujung bulan ini.
Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perbincangan tersebut penting bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru menjelang PRU15 nanti.
"Dalam UMNO sudah hampir selesai tetapi kita belum memutuskan dengan BN dan dengan Pas masih belum lagi berunding, masih ada masa lagi.
"Saya tidak nampak ada masalah dalam BN dan juga pembahagian kerusi dengan Pas tetapi kompleks nanti (pembahagian kerusi) dengan Bersatu," katanya.
Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau berkata, UMNO mahu perbincangan mengenai pembahagian kerusi itu disegerakan kerana ia merupakan perbincangan yang rumit.
"Kita mahu segerakan hujung bulan September ini untuk kita selesaikan pembahagian kerusi kerana pembahagian kerusi agak kompleks. Kalau tidak selesai pembahagian kerusi maka kita susah hadapi pilihan raya, pilihan raya akan berjaya jika pembahagian kerusi dapat diselesaikan dengan harmoni," katanya.
Mohamad juga dilaporkan berkata, formula yang akan digunakan untuk pembahagian kerusi itu ialah, UMNO telah menetapkan untuk bertanding dalam semua kerusi yang telah dimenangi pada PRU14.
"Selepas itu, kerusi yang kalah tetapi kita dapat undi kedua terbanyak juga akan dijadikan sebagai asas untuk meminta kerusi tersebut supaya menjadi kerusi BN dan UMNO," katanya.
Mohamad turut memaklumkan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dilantik bagi mempengerusikan Jawatankuasa Perunding bagi mewakili parti itu dengan parti-parti dalam BN, Muafakat Nasional dan Bersatu.
Astro Awani
Wed Sep 02 2020
UMNO sudah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, kata Mohamad. - Gambar fail
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.