awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO tak 'lobi' jawatan TPM - Zahid Hamidi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/03/2020
07:22 MYT
UMNO tak 'lobi' jawatan TPM - Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi menafikan UMNO 'melobi' untuk jawatan nombor dua di dalam kerajaan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan UMNO 'melobi' untuk jawatan nombor dua di dalam kerajaan.
Sebaliknya beliau memberitahu, UMNO telah mengemukakan beberapa nama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari yang lalu untuk memilih individu yang benar-benar layak.
"Itu adalah budi bicara perdana menteri untuk menentukan siapa yang bakal dilantik selepas mengambil kira beberapa pertimbangan daripada senarai itu," katanya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini pada Jumaat selepas menghadiri perbicaraan kes membabitkannya.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN itu menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya bagi kes pecah amanah, lapan membabitkan tuduhan rasuah dan 27 bagi kes pengubahan wang haram membabitkan dana milik Yayasan Akalbudi.
Dalam perutusan pertama Muhyiddin selepas dilantik sebagai perdana menteri, beliau memberi gambaran bahawa hanya mereka yang bersih, berkaliber dan berintegriti sahaja yang akan dilantik sebagai anggota jemaah menterinya.
Kenyataan ini seolah-olah memberi gambaran bahawa Presiden UMNO yang sedang berdepan dengan perbicaraan di mahkamah itu barangkali akan diketepikan dalam pembentukan Kabinet baharu.
Ahmad Zahid sebelum ini pernah menyifatkan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya adalah pendakwaan politik.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga menegaskan yang beliau akan membersihkan dirinya di mahkamah tanpa kesnya digugurkan.
Topic Berkaitan
#kerajaan
#Malaysia2020
#Muhyiddin Yassin
#politik
#Timbalan Perdana Menteri
#TPM
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan