Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan pemimpin UMNO perlu sentiasa memberikan harapan dan keyakinan bagi pembangunan rakyat, bukannya memainkan elemen menakut-nakutkan seperti yang dilakukan pembangkang.
Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu berkata, permainan 'politics of fear' hanya digunakan oleh pihak yang tidak mempunyai kuasa dan bertujuan menumbangkan pemimpin di tampuk pemerintahan.
Jelas beliau, permainan politik yang berasaskan elemen ketakutan hanya akan merosakkan dan menghancurkan harapan rakyat kepada negara.
"Kita akan berkecamuk, bercelaru, tidak tentu hala, tak ada panduan tetapi UMNO akan terus memberi pengharapan kepada rakyat kerana kita telah membuktikan selama 60 tahun UMNO memerintah, kitalah parti yang telah banyak berbudi dan berjasa dan bawa perubahan kepada Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian persidangan perwakilan UMNO Bahagian Parit di Dewan Iltizam, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, merangkap Pengerusi UMNO Negeri Perak, dan barisan kepimpinan kerajaan negeri serta ahli-ahli UMNO Bahagian Parit.
Beliau dalam pada itu juga menyokong ucapan Zambry yang menyatakan bahawa terdapat dua dimensi politik di Malaysia iaitu politik menakut-nakutkan dan politik harapan.
Katanya, rakyat sewajarnya meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada UMNO yang menerajui Malaysia selama ini.
Najib berkata, beliau tidak menafikan berlaku perbezaan pendapat di kalangan pemimpin UMNO, namun ia tidak menjadi punca utama yang menghancurkan parti.
Sebaliknya, katanya, mereka harus setia kepada parti untuk terus memberikan yang terbaik buat rakyat.
Jelasnya, pemimpin juga perlu memainkan peranan agar rakyat sentiasa memberikan kepercayaan kepada 109 bahagian UMNO di seluruh negara yang mempunyai rangka organisasi tersusun rapi selama ini.
Beliau berkata, peristiwa hitam di bawah tampuk pemerintahan pembangkang selama 11 bulan yang dialami rakyat di Perak sewajarnya menjadi iktibar kepada masyarakat setempat.
“Kita mesti lakukan usaha mendekati pengundi, turun padang, nampak muka. Jangan bila dah dekat (pilihan raya), itu tidak boleh... Selesaikan masalah rakyat, baik besar dan kecil."
Najib turut menyentuh pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) sepanjang 51 kilometer yang secara tidak langsung membantu menjana ekonomi luar bandar.
"Orang ada tanya saya buat apa Datuk lambakkan peruntukan di Lembah Klang. Ni teman nak terangkan ni, Bila kita buat projek di Kuala Lumpur, ekonomi kita bertambah. Bila ekonomi bertambah, hasil negara bertambah.
"Bila hasil bertambah, maka kita gunakan peruntukan itu untuk (disalurkan) ke luar bandar juga," katanya lagi.
Katanya, projek MRT itu antara lain akan membuka peluang kepada anak-anak muda baik dari dalam dan luar bandar untuk bersaing dengan lebih kompetitif di peringkat global.
Najib juga tegas menafikan kononnya Malaysia gagal di bawah pemerintahan UMNO sedangkan ia telah diiktiraf oleh sebuah majalah bertaraf dunia baru-baru ini.
Nazialita Geynna Maharan
Sat Jul 29 2017
Najib disambut Ketua UMNO Bahagian Parit Datuk Zaim Abu Hassan (kanan) dan Zambry (kiri) sebaik tiba pada Perasmian Persidangan UMNO Bahagian Parit di MRSM Parit hari ini. --fotoBERNAMA
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Polis tahan tiga pelajar MRSM Parit kerana membuli
Polis menahan tiga pelajar lelaki Tingkatan Tiga selepas terlibat dalam kejadian memukul dan membuli dua pelajar Tingkatan Satu di MRSM Parit semalam.
UMNO tidak main politik menakut-nakutkan rakyat - Najib
Perdana Menteri berkata parti yang memainkan politik menakut-nakutkan ialah pihak yang tidak ada kuasa dan mahu menumbangkan tampuk pemerintahan negara.
Kes buli: 10 pelajar MRSM Parit ditamatkan pengajian - Ahmad Jazlan
Sepuluh pelajar MRSM Parit, Perak yang terlibat dalam kes buli enam pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan ditamatkan pengajian berkuat kuasa semalam.
MARA gantung lima pelajar terlibat dalam kes buli di MRSM Parit
Majlis Amanah Rakyat (MARA) memandang serius kes seorang pelajar Tingkatan 2 di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit yang dibuli oleh lima pelajar senior di asrama maktab berkenaan pada minggu lepas.