awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara

Bernama
Bernama
14/12/2024
09:45 MYT
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara. - Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Timbalan Presiden KHM Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak berkata kekerapan penganjuran konsert di stadium itu boleh mengganggu latihan skuad hoki kebangsaan yang direncanakan jurulatih, justeru beliau berharap Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) selaku pemilik fasiliti dapat membuat pertimbangan mengenai perkara itu.
"Kita ada berbincang dengan PSM kalau betul (diadakan 26 konsert), satu tahun ada 52 minggu..26 konsert, bermaksud setengah tahun ia (stadium) akan ditutup. Padang hoki adalah kemudahan utama untuk pasukan kebangsaan, kami, bagaimanapun kami (KHM) masih belum mendapat pengesahan rasmi sebanyak 26 konsert itu bakal diadakan.
"Bagi saya kalau banyak sangat, ia sedikit sebanyak akan ganggu persiapan serta atur cara mahupun latihan disediakan jurulatih," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-70 KHM di Menara PERKESO di sini hari ini.
Bulan lepas Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil telah menerima 26 tempahan untuk penganjuran konsert bagi tahun 2025.
Ahmad Najmi dalam masa sama berharap wujud persefahaman antara kedua-dua belah pihak dalam memastikan latihan skuad kebangsaan tidak terjejas.
"PSM akan memanggil kami untuk berbincang lebih lanjut dan memberikan maklumat mengenai tarikh-tarikh konsert yang dijadualkan.
"Kami harap PSM juga bekerjasama memastikan hari-hari yang dijadualkan untuk latihan pasukan kebangsaan tidak terganggu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KHM
#Stadium Hoki Nasional
#konsert
#latihan skuad negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan