Skip to main content

Malaysia

UMNO wujud jawatankuasa khas penambahbaikan

61368202924_295x200.jpg
UMNO mewujudkan 2 jawatankuasa khas bagi meneliti penambahbaikan dan bantahan berkaitan proses pemilihan parti itu yang berlangsung Oktober lalu.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan pembentukan jawatankuasa itu dibuat bagi memastikan transformasi yang mahu dilaksanakan berjalan dengan baik di masa depan.

Najib mengumumkan Jawatankuasa Khas Penambahbaikan akan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddon Yassin.

Manakala Jawatankuasa Khas Bantahan, dipengerusikan Tan Sri Azmi Khalid.

Najib membuat pengumuman itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Kuala Lumpur.

Advertisement

Must Watch Video