UNIVERSITI Malaysia Pahang (UMP) dan Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) melakar sejarah apabila buat julung kalinya mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di dasar laut, Pulau Tumok, Tioman, Pahang.
Kerjasama ini bakal memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam usaha membangunkan organisasi terutama dalam hal-hal berkaitan penyelidikan, pembangunan dan program bersama komuniti di Tioman.
Majlis menyaksikan Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman, Datuk Idros Yahya dan Pengurus Khidmat Pengurusan, Nor Zaihan Othman menyempurnakan acara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Naib Canselor UMP, Prof Datuk Ts Dr Yuserrie Zainuddin.
Program turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Ts Dr Mohd Rusllim Mohamed; Penolong Naib Canselor Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat UMP, Prof Madya Ir Dr Nurul Hazlina Noordin; Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), Prof Dr Mahadzir Ishak@Muhammad; dan Pengurus Kanan Pejabat Naib Canselor, Abd Rahman Haji Safie.
Profesor Datuk Ts Dr Yuserrie berkata, kerjasama ini melibatkan aktiviti akademik seperti peluang latihan industri bagi pelajar dan latihan di pusat-pusat selaman atau agensi di bawah TDA.
“Selain itu, UMP turut bertanggungjawab untuk merealisasikan ilmuan yang ada dan pengetahuan serta kepakaran yang terdapat di UMP terutama dalam pembangunan dan penyelidikan untuk dikongsikan bersama komuniti di Tioman.
“Kita akan menerapkan pemahaman dan meneruskan agenda Sustainable Development Goal (SDG) yang merupakan initipati pembangunan di UMP dan akan membawa ke Tioman,” ujarnya.
Jelas beliau lagi, UMP kini dalam usaha menyasarkan mengurangkan karbon di dalam kampus.
“Pelbagai inisiatif yang telah dirancang seperti mewujudkan kawasan hijau menerusi aktiviti penanaman pokok dan Rimba Lestari yang diwujudkan untuk tujuan untuk kenyamanan, sehingga kini kawasan hijau di UMP telah mencapai 27 peratus menepati kriteria Kampus Hijau SDG.
“Sehingga kini, lebih 200 MoU yang telah dijalinkan sama ada di dalam dan luar negara, namun MoU pada kali ini sangat unik kerana dilaksanakan di dasar laut.
Datuk Idros Yahya dalam pada itu melahirkan rasa gembira dan MoU kali ini dan ia sangat bermakna apabila julung kali dapat mengadakan program ini di dasar laut Pulau Tioman.
Ujarnya, menerusi kerjasama ini, TDA menawarkan tempat ini untuk bersama-sama UMP dalam memperkasakan dalam bidang pembangunan dan teknologi.
“Di Tioman terdapat 22 pulau yang perlu dijaga sebagai produk pelancongan. Banyak perkara yang boleh dikaji dan diselidiki untuk pembangunannya.
“Manakala dari segi promosi, kita dapat lihat Tioman merupakan destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa dan turut menjadi tarikan penerbit antarabangsa untuk mengadakan rakaman filem dan program bersiri,” ujar beliau.
Katanya, melalui kerjasama ini juga, pihaknya mengharapkan kepakaran UMP dalam pembangunan Tioman.
“Di samping itu, diharapkan UMP menjadikan Pulau Tioman sebagai lokasi untuk menyertai aktiviti latihan ataupun menerusi aktiviti kokurikulum pelajar.
“Malah, pihak kami juga amat mengalu-alukan UMP menjadikan Pulau Tioman sebagai destinasi program mobiliti pelajar ataupun pelajar antarabangsa dapat memanfaatkan kepada semua pihak,” katanya.
Pada masa sama turut diadakan program kembara UMP bersama komuniti Tioman yang disertai oleh dua staf dan lima pelajar UMP.
Bagi pensyarah FTKMA merangkap Pengarah Program, Ts Dr Siti Rabiatul Aisha Idris, program ini bukan sahaja menyantuni komuniti malah turut melihat lokasi penempatan tukun tiruan di dasar laut dan merancang program serta mengenal pasti lokasi strategik untuk dijadikan aktiviti luar untuk menarik minat pelancong ke Tioman.
Dalam pada itu, UMP turut mempunyai Pusat Selaman yang terletak di Akademi Adab di UMP Pekan yang boleh digunakan untuk latihan berasaskan air seperti selaman, aktiviti menyelamat di dalam dan permukaan air serta aktiviti berbentuk water confident.
Astro Awani
Thu Oct 13 2022
UMP dan TDA melakar sejarah apabila buat julung kalinya mengadakan Majlis Menandatangani MoU di dasar laut Pulau Tumok. -Foto UMP
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut: Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga
Bapa kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Mohamad Amir Mohamad, 44, menganggap pemergian anaknya itu yang merupakan tulang belakang keluarga, sebagai sat
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Kerajaan Pahang dalam proses pengambilan tanah naik taraf Lapangan Terbang Pulau Tioman
Kerajaan Negeri Pahang menerusi Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri dalam proses permohonan pengambilan tanah bagi menaik taraf Lapangan Terbang Pulau Tioman.
Pembinaan lapangan terbang baharu Pulau Tioman tidak diteruskan - Nik Nazmi
Mesyuarat Jemaah Menteri secara dasarnya bersetuju untuk tidak meneruskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman baharu.
Agong tinjau proses naik taraf Jeti Pulau Tioman
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau proses naik taraf jeti Kampung Tekek, Pulau Tioman.
Tambang feri penduduk Pulau Tioman RM20 sehala mulai Januari
Kerajaan Pahang bersetuju mengurangkan kadar tambang feri antara Pulau Tioman dan tanah besar untuk penduduk pulau berkenaan kepada RM20 sehala berbanding kadar semasa RM50, mulai Januari tahun depan.
UMP, TDA meterai MoU di dasar laut
Kerjasama ini bakal memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam usaha membangunkan organisasi terutama dalam hal-hal berkaitan penyelidikan, pembangunan, dan program bersama komuniti di Tioman.
Pulau Tioman masih selamat dikunjungi
Ribut hanya berlaku satu hingga dua jam dan selepas itu hanya tinggal angin dan ombak yang tidak berbahaya.
Agong berkenan berangkat ke Program Ziarah Kasih di Pulau Tioman
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan Program Ziarah Kasih di Kampung Mukut, Pulau Tioman, Pahang hari ini.
Hanya pelancong yang sudah buat tempahan sahaja dibenarkan ke Pulau Tioman
Pelancong yang ingin mengunjung ke Pulau Tioman diwajibkan membuat tempahan bilik selain lengkap dua dos vaksin COVID-19 sebelum dibenarkan ke pulau peranginan tersebut.
Gelembung pelancongan di Pulau Tioman, Genting Highlands ditangguhkan
Gelembung pelancongan domestik di Pulau Tioman dan Genting Highlands yang dilaporkan dibuka pada 1 Okt ditangguhkan ke satu tarikh akan dimaklumkan kelak.
Gelembung perjalanan: Tioman laksana percubaan SOP mulai 28 Sept
Keputusan kerajaan persekutuan itu selaras larangan rentas negeri yang dikenakan sehingga kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus.