KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP) melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menerbitkan kamus kompetensi pertama di negara ini melalui kerjasama Penerbit UMP dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi Malaysia (AKEPT).
Kamus yang dilancarkan pada minggu lalu itu sebahagian daripada inisiatif Inspirasi Magnum Opus (Maha Karya), iaitu strategi penerbitan berimpak tinggi yang berupaya memberi perubahan kepada komuniti dan negara.
Kamus berjudul 'Kamus Kompetensi AKEPT-UMP' itu mengambil masa hampir dua tahun untuk diterbitkan.
Pengarah Penerbit UMP, Muhammad Azli Shukri berkata, kamus itu juga merupakan kamus kompetensi pertama di negara ini yang diterbitkan di dalam bahasa Melayu.
Menurutnya, antara keistimewaan kamus itu termasuk mengandungi 21 kluster kompetensi fungsian, 212 entri kompetensi yang terdiri daripada kompetensi teras dan fungsian, penerangan dan panduan yang jelas dan mudah serta sebagai rujukan dalam proses memprofil dan penilaian kompetensi.
“Selain itu, ia turut merangkumi kompetensi umum untuk semua keluarga pekerjaan yang melibatkan kemahiran, pengetahuan dan kebolehan di dalam sesebuah universiti atau agensi,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Muhammad Azli berkata, sempena Majlis Aspirasi Suara UMP Siri keenam minggu lalu itu, turut dilancarkan enam lagi buku terbitan Penerbit UMP.
Majlis yang berlangsung di Perpustakaan UMP Kampus Pekan itu turut dihadiri Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automatif, Prof Dr Mahadzir Ishak.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 16 2022
Muhammad Azli (depan kanan) dan Mahadzir (depan kiri) bersama barisan penulis Kamus Kompetensi AKEPT-UMP di Kampus UMP Pekan baru-baru ini. -Foto Sinar Harian
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Penggunaan skrin terlalu lama tingkat potensi kemurungan kanak-kanak
Penggunaan skrin terlalu lama dalam kalangan kanak-kanak menyebabkan sikap kurang bergaul, sukar menyesuaikan diri dan bertindak lebih agresif.
UMP kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
Pertukaran nama itu tidak mengubah bidang fokus utama universiti, program pengajian serta enrolmen, selaras matlamat penubuhannya.
Agong berkenan berbuka puasa bersama warga UMP
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berbuka puasa bersama kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini.
UMP terbit kamus kompetensi pertama di Malaysia
Kamus berjudul 'Kamus Kompetensi AKEPT-UMP' itu mengambil masa hampir dua tahun untuk diterbitkan.
12 pensyarah UMP disenarai "Top 2% Scientist"
Ia dianggap sebagai pengiktirafan yang akan memacu interaksi antara penyelidik tempatan dan antarabangsa
Dua penuntut UMP ditemukan lemas di Air Terjun Pandan
Mangsa A. Sharvin Ananth, 23, dan R.Goobi, 23, difahamkan ke air terjun itu bersama sembilan lagi rakan untuk beriadah.
Polisi Hijau Universiti Malaysia Pahang galak semangat cintakan alam sekitar
Pembentukan jawatankuasa kelestarian kampus telah ditubuhkan bagi memastikan inisiatif kelestarian kampus dapat dipantau
UMP Cipta Kecemerlangan bersama Industri, Perkasa Keusahawanan
Amanat Tahunan Naib Canselor 2019 bertemakan Meraikan Kejayaan, Mendampingi Industri dan Menyuburi Keusahawanan
Buat kejutan, Rahmad Mega menyanyi di majlis konvokesyen anak
Anak sulungnya, Suhazri Amrin, 23, menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah UMP, Datuk Aishah Shaikh Ahmad.
Ini masa saya tolong bantu keluarga - Pengunjung SL1M
Di sebalik mengejar impian bergelar graduan, mereka perlukan pekerjaan demi meneruskan cita-cita untuk membahagiakan ibu bapa.