KUALA LUMPUR: UMW Toyota Motor mencatatkan perkembangan positif pada Mac 2022 apabila berjaya merekodkan jualan 8,386 unit Toyota dan 101 unit Lexus menjadikan jualan terkumpul untuk suku pertama 2022 sebanyak 22,447 unit.
Berdasarkan jualan bulan ke bulan, penjualan Lexus meningkat kepada 101 unit pada bulan Mac berbanding 66 unit pada Februari 2022 manakala Toyota berjaya menjual sebanyak 8,386 unit berbanding 6,366 unit pada Februari atau peningkatan jualan sebanyak 32%.
Hasil penjualan positif Toyota adalah dipacu oleh promosi yang ditawarkan merangkumi nilai tambah sehingga RM4,000 untuk model terlaris mereka iaitu Vios dan Yaris dengan mereka menjangkakan jualan akan terus meningkat menerusi pengenalan produk baharu tidak lama lagi.
Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, pihaknya sentiasa menilai dan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa dan ketidak tentuan pasaran selain cukup dikenali dalam kecekapan serta pengurusan rantaian bekalan termasuk langkah pengurangan risiko.
Beliau berkata, berdasarkan kepada pengalaman itu, pihaknya bekerja rapat dengan pembekal mereka dan memantau perkembangan semasa bagi mengurangkan impak terhadap pengeluaran dan pelanggan mereka.
"Dengan Malaysia dalam transisi ke arah fasa endemik, UMW Toyota Motor menghargai sokongan daripada pelanggan sepanjang tempoh tidak menentu ini dan kami kekal komited untuk meneruskan pembangunan bagi jenama Toyota termasuk perkembangan industri automotif tempatan.
"Menerusi perubahan ke arah mobiliti mampan, Toyota menyasarkan untuk terus berada di hadapan dalam menawarkan inovasi nilai yang dilengkapi teknologi kemajuan dan ciri keselamatan terkini untuk semua produk kami," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Pada masa sama, UMW Toyota Motor juga meraikan sambutan Ramadan dan Syawal melalui peraduan Pandu Uji dan Menang Duit Raya dengan tema Bersama Lebih Bermakna sehingga 1 Mei 2022 dengan peminat Toyota perlu datang ke bilik pameran dan memandu uji model Toyota untuk mendapatkan 'duit raya'.
Setiapa pandu uji adalah penyertaan untuk mendapatkan 'duit raya' bernilai RM100 dan setiap tempahan yang berjaya berpeluang untuk menerima RM200 dengan sejumlah 30 pemenang akan dipilih setiap minggu. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Apr 11 2022
UMW Toyota Motor kekal komited untuk meneruskan pembangunan bagi jenama Toyota termasuk perkembangan industri automotif tempatan. - Foto DagangNews
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki nombor satu Malaysia Lee Zii Jia selangkah untuk memenangi gelaran pertamanya tahun ini.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.
Kestabilan politik bawa kemajuan di Sarawak - Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
[TERKINI] Mayat pemancing hilang di Tasik Pedu ditemui
Mayat Ooi Swee Hin berusia,41 tahun, ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
Afrika Selatan seru tindakan global hukum Israel
Usaha berterusan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes genosid terhadap Israel menekankan pendekatan undang-undang antarabangsa yang berterusan ke arah menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.
AWANI Ringkas: Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
Generasi keempat Toyota Vios dilancar, harga bermula RM89,600
Model sedan subkompak ini ditawarkan dengan dua varian iaitu 1.5 G (AT) dan 1.5 E (AT) dengan lima pilihan warna.
UMW Group catat rekod jualan tertinggi 383,054 kenderaan pada 2022
UMW Group mencatatkan rekod jualan tertinggi sebanyak 383,054 unit kenderaan pada 2022, melonjak 46 peratus daripada 262,685 unit pada 2021.
Jualan automotif Kumpulan UMW melonjak 14 peratus
Jualan automotif Kumpulan UMW melonjak 14 peratus pada Jun 2022 apabila kedua-dua UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, mencatatkan jualan yang lebih baik.
Toyota Veloz 1.5 liter boleh ditempah mulai sekarang
Dilengkapi dengan ciri-ciri tersendiri, Toyota Veloz serba baharu menjanjikan "Kebahagiaan Di Dalam dan Luar".
UMW Toyota Motor catat jualan 22,447 unit kenderaan untuk suku pertama 2022
Berdasarkan jualan bulan ke bulan, penjualan Lexus meningkat kepada 101 unit pada bulan Mac berbanding 66 unit pada Februari 2022.