awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undang-undang sedia ada memadai sekat berita palsu - Salleh

Hilal Azmi
Hilal Azmi
26/10/2017
07:02 MYT
Undang-undang sedia ada memadai sekat berita palsu - Salleh
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan terus memantau sekali gus menyekat mana-mana laman sesawang yang cuba menjejaskan ketenteraman awam dan sensitiviti negara.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan terus memantau sekali gus menyekat mana-mana laman sesawang yang cuba menjejaskan ketenteraman awam dan sensitiviti negara.
Menterinya, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, setakat ini, peruntukan undang-undang sedia ada memadai dalam usaha menangani gejala berkaitan penyebaran maklumat palsu dan menggugat keharmonian kaum.
Menurutnya, usaha penguatkuasaan bukan sahaja terletak di bawah kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) semata-mata tetapi juga membabitkan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Setakat ini, daripada Januari 2016 sehingga September 2017, sejumlah 67 kes melibatkan penyebaran berita dan maklumat palsu di media sosial telah disiasat yang mana lima kes daripadanya telah dihadapkan ke mahkamah.
"Selain siasatan dan pendakwaan, bagi tempoh antara Januari hingga September 2017, pihak SKMM juga telah menyekat 1,861 laman sesawang, portal dan blog yang menyebarkan kandungan, maklumat palsu, termasuk yang boleh mencetuskan kekeliruan serta menjejaskan kenteraman masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia," katanya semasa sesi soal jawab lisan di Persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.
Jelas beliau, sebagai langkah proaktif, portal sebenarnya.my menjadi platform penting sebagai langkah membudayakan amalan menyemak maklumat agar masyarakat lebih celik fakta dan waspada sebelum bertindak menyebarkan berita yang belum disahkan.
"Sejak pelancaran portal itu pada pertengahan Mac, portal sebenarnya.my telah berjaya mencatatkan 12.75 juta hits," katanya.
Topic Berkaitan
#berita palsu
#Dewan Rakyat
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
#maklumat palsu
#Parlimen
#Persidangan Dewan Rakyat
#Polis Diraja Malaysia
#Salleh Said Keruak
#Sebenarnya my
#SKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan