KUALA LUMPUR:Pelaksanaan usia kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dijangka dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada Julai tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini dalam proses melakukan beberapa persiapan untuk pelaksanaan perkara itu termasuk bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"SPR sedang bekerjasama dengan JPN melalui jawatankuasa Taskforce SPR dan JPN dalam persiapan melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik dan urusan lain yang berkaitan dan menjangkakan semua persiapan yang sedang diambil akan dapat disiapkan dalam tempoh 18 hingga 24 bulan dari tarikh kelulusan pindaan oleh Dewan Negara pada 25 Julai tahun lalu," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Takiyuddin menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) bila kerajaan akan melaksanakan usia kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.
Menjelas lanjut, beliau berkata SPR juga sedang menyediakan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan, penyediaan prosedur operasi standard (SOP) dan sistem serta infrastruktur bagi tujuan itu.
"Bagi maksud membantu SPR dalam menyediakan SOP pelaksanaan ini, SPR telah mengadakan beberapa sesi libat urus bersama beberapa jabatan dan agensi kerajaan, parti politik daripada blok pembangkang dan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan serta parti politik negeri Sarawak dan Sabah," katanya.
Takiyuddin berkata melalui penganjuran sesi itu, SPR telah memberi penerangan mengenai perancangan pelaksanaan pindaan undang-undang yang telah diluluskan serta mendapatkan maklum balas dan pandangan semua pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 03 2020

Takiyuddin berkata SPR dalam proses melakukan beberapa persiapan untuk pelaksanaan perkara itu. -Bernama

COVID-19: Chow Kon Yeow disuntik vaksin, program imunisasi Pulau Pinang bermula
Kon Yeow menerima suntikan di Auditorium Hospital Pulau Pinang kira-kira jam 10.25 pagi Ahad.

PM lancar Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030
Di bawah pelan itu, empat Agenda Kerja KRT diperkenalkan iaitu Agenda Kerja KRT Selamat, Agenda Kerja KRT Sihat, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah serta Agenda Kerja KRT Sejahtera.

COVID-19: Auckland jalani perintah berkurung kedua bulan ini
Langkah berkenaan diambil susulan satu kes baharu dikesan yang didapati telah dijangkiti selama seminggu namun tidak menjalani kuarantin.

'Saya harap tak kena buli' - Sherry Alhadad teruja ke udara bersama JoHaRa 1 Mac ini
Mesti ramai yang tak sabar nak tunggu Sherry Alhadad ke udara bersama JoHaRa Pagi ERA.

"Harap tak kena buli," Sherry Alhadad teruja nak mulakan sesi bersama JoHaRa
Segmen JoHaRaRy akan menemui para pendengar ERA secara rasminya bermula 1 Mac ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Ayam laga 'bunuh' tuan sendiri
Ayam tersebut dilengkapi pisau tiga inci dikenali sebagai 'kodi kathi untuk acara sabung haram.

AWANI Ringkas: Program Imunisasi di Kedah & Pulau Pinang bermula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Februari 2020] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Februari 2020]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892853/27199807051614473676488_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Februari 2020]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Geegee Ahmad dan juga Nursyazwani Saiful Sham dalam AWANI Pagi​ 28 Februari 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi: 1. Kompaun RM10,000 bukan untuk semua kesalahan - KPN. 2. Inspirasi di sebalik album terhabaru WEi, Identity Challenge. #AWANInews​ #HapusCOVID19

'Elvis Presley' dan rakan lega boleh cari rezeki
Elvis Pilep kini menarik nafas lega setelah mendapat 'lampu hijau' untuk mengadakan persembahan dan menjana sumber pendapatan semula.

Kayu lama dan buruk 'nadi' rezeki Abe G
Jelas Abe G, perabot yang menggunakan elemen kayu terbuang seperti tembesu, kemuning hitam dan cengal merupakan pilihan utama golongan elit.

Undi 18 tahun, daftar pemilih automatik dilaksana selewat-lewatnya Julai 2021 - Takiyuddin
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini dalam proses melakukan beberapa persiapan untuk pelaksanaan perkara itu termasuk bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Daftar pengundi berumur 18 tahun belum dilaksanakan - SPR
Azhar Azizan berkata, sebaliknya pendaftaran itu akan dilaksanakan serentak dengan pendaftaran pemilih secara automatik.

Belia berusia 18 tahun hanya boleh didaftarkan sebagai pengundi 2 tahun lagi
Belia yang menginjak usia 18 tahun masih perlu menunggu kira-kira dua tahun lagi sebelum boleh didaftarkan sebagai pengundi.

Mengundi 18 tahun mengiktiraf peranan belia
Umur mengundi pada pilihan raya yang diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun akan memberi peluang kepada generasi muda untuk sama-sama menentukan masa hadapan negara.

Fikirkan impak positif undi 18 tahun - Syed Saddiq
Syed Saddiq meminta masyarakat menumpukan kepada impak yang bakal dinikmati apabila anak muda diberikan hak untuk mengundi.

Undi 18 tahun: Pas bawa usul persendirian ke Parlimen - Hadi Awang
Pas akan membawa usul persendirian dengan menuntut warganegara yang berusia 18 tahun secara automatik didaftarkan sebagai pengundi dan layak menjadi calon pilihan raya.