Usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri diterima Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Ia selepas usul persendirian daripada Tun Dr Mahathir Mohamad itu tersenarai dalam giliran ke-27 Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul (AUM DR 13/7/2020).
Memetik AUM tersebut, Dr Mahathir akan mengemukakan usul tersebut menerusi Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Bahawa Dewan ini memberi kebenaran kepada Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Langkawi untuk mencadangkan suatu usul iaitu menurut Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3), dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Yassin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat," memetik usul tersebut.
Pada awal Mei lalu, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengesahkan menerima usul tersebut daripada Dr Mahathir.
Menerusi AUM DR 13/7/2020, beberapa usul menyokong Muhyiddin selaku Perdana Menteri turut tersenarai.
Ia termasuk usul dari Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang masing di turutan 28, 29 dan 30.
BACA: Azhar Harun calon YDP Dewan Rakyat, Azalina timbalan
Harits Asyraf Hasnan
Sun Jul 12 2020

Memetik AUM tersebut, Dr Mahathir akan mengemukakan usul tersebut menerusi Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. - Foto Fail

COVID-19: 1,767 kes baharu, Sarawak rekod kes tertinggi
Malaysia mencatatkan 1,767 kes positif baharu COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia pada Selasa.

18 Puasa Di Kampong Pisang naskhah komedi terbaharu Mamat Khalid sempena Ramadan
Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang bukan sekadar tontonan ringan, sebaliknya, sarat dengan mesej keimanan dan sindiran sosial.

SJKC Puay Chai 2 Bandar Utama ditutup, enam pelajar positif COVID-19
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)(C) Puay Chai 2 di Bandar Utama, Petaling Jaya diarahkan ditutup sementara berkuatkuasa hari ini selepas enam pelajarnya disahkan positif COVID-19.

Vaksin COVID-19: Kumpulan kedua libatkan lebih 1,000 atlet, pegawai - Reezal Merican
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang terlibat dalam pertandingan sukan seperti Liga Bola Sepak Malaysia, Liga Joki Malaysia dan kejohanan utama di luar negara.

Politik | Tiada parti boleh bentuk kerajaan majoriti
Semua parti politik perlu sedar tiada sesiapa boleh membentuk kerajaan secara majoriti dan pentadbiran sendiri, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

SRC International: Hakim bagaikan 'terdorong' putus Najib bersalah - Peguam
Mahkamah Rayuan pada Selasa diberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bagaikan terdorong untuk memutuskan bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak bersalah.

Wakaf | Penjawat awam digalak berwakaf melalui potongan gaji
Bagi meningkatkan tabungan dana dan aset wakaf negara, satu inisiatif perlu dirangka di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menggalakkan penjawat awam berwakaf, khususnya secara berkala melalui potongan gaji.

#YakiniVaksin: Kempen tangani mitos, salah faham vaksin COVID-19
Inisiatif itu dilaksanakan selepas rakyat sering dimomok oleh pelbagai mitos, teori konspirasi dan salah faham yang tersebar meluas tanpa tapisan terutama di media sosial.

Beri laluan Najib kemudi parti pada PRU15 - Ketua UMNO Kubang Pasu
Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kelebihan untuk kembali memimpin UMNO dan membawa kebangkitan semula parti seperti sebelum ini.

AWANI Ringkas: Penjawat awam digalak berwakaf | Sebanyak 1,018,937 dos suntikan vaksin telah diberikan

Kembalikan semua kuasa semak dan imbang kepada Parlimen - Shafie, Syed Saddiq
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Syed Saddiq Abdul Rahman menyeru PM dan kerajaan PN untuk memikirkan semula Ordinan Baharu dan segera mengembalikan kuasa semak dan imbang kepada Parlimen.

Ordinan baharu: Jangan ketepikan akauntabiliti, Malaysia bukan kerajaan junta - Tok Mat
Malaysia masih lagi mengamalkan pemerintahan sebagai kerajaan awam dan bukannya sebuah kerajaan junta tentera.

Undi18: Penangguhan nafikan hak orang muda, pencabulan demokrasi - Maszlee
Tindakan kerajaan tidak melaksanakan Undi18 ketika ini meskipun diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah dilihat sebagai tindakan mencabul demokrasi.

KBS kemuka cadangan asing proses Undi18, pendaftaran automatik di kabinet
SPR diharap dapat melaksanakan usaha itu dengan segala formula dan ruang yang ada, memandangkan semua anggota Kabinet semalam menyokong Undi18.

Kerajaan PN lemah punca laksana darurat - Tun M
Menurutnya, ini memandangkan peraturan sedia ada seperti beberapa perintah kawalan yang dilaksanakan sebelum ini sudah cukup untuk menangani penularan wabak COVID-19.

Kerajaan khianati janji pendaftaran pemilih automatik, Undi 18 - Anwar Ibrahim
Kerajaan didakwa mengkhianati janji yang telah dipersetujui tentang pendaftaran pemilih automatik dan Undi18 yang dibuat di Dewan Rakyat.

Kegagalan Undi18 tutup tanggungjawab demokrasi 5.6 juta pengundi muda - Srikandi Muda
Ema Syuhaili percaya, ia melibatkan peluang anak muda 18 tahun ke atas sebagai calon Ahli Parlimen dan ADUN, bukan sekadar pemberi undi kepada parti-parti politik.

Undi18: Peluang damping golongan muda, bukan ancaman kedudukan politik - Sivarraajh
Pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pemilih automatik perlu dilihat sebagai peluang untuk mendampingi golongan muda dan bukannya ancaman terhadap kedudukan politik parti pemerintah semata-mata.

Undi 18: Kenyataan SPR timbul tanda tanya - Khairy
Khairy menambah penurunan umur layak mengundi kepada 18 tahun serta pendaftaran automatik bukanlah hasrat kerajaan terdahulu semata-mata.

Undi18 dan pendaftaran pemilih automatik sebaiknya disegerakan - Saifuddin
Pelaksanaan untuk Undi 18 tahun (Undi18) dan pendaftaran pemilih automatik sebaiknya disegerakan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.