awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
Bayaran saham KPF tertunggak: Anggota desak penyelesaian segera, ancam piket besar-besaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undi18: Kerajaan putuskan tidak buat rayuan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
21/09/2021
03:03 MYT
Undi18: Kerajaan putuskan tidak buat rayuan
Wan Junaidi berkata, keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 September lalu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk tidak membuat rayuan berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang memutuskan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik perlu dilaksanakan menjelang 31 Disember tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan tersebut dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 10 September lalu.
Justeru, beliau berkata Kerajaan Persekutuan akur dengan ketetapan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi tersebut.
"Saya juga mendapati dari sudut perundangan tiada perbezaan pendirian pihak peguam negara dengan pihak mahkamah, hanya yang tinggal ialah memendekakan masa sebab dalam program awal SPR, ialah pelaksanaannya sehingga September 2022, tetapi hakim menaik taraf kepada mesti disiapkan pada 31 Disember 2021.
"Saya telah berbincang dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekarang ini patuh kepada arahan mahkamah. Saya maklumkan juga bahawa Jemaah Menteri pada 10 (September), kita telah memutuskan yang kita tidak membuat rayuan kepada keputusan hakim," katanya di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Gobind Singh Deo (DAP - Puchong) yang bertanya adakah kerajaan akan akur dengan keuputusan Mahkamah Tinggi Kuching, dan apakah langkah untuk memastikan ia berlaku?
Pada 3 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuching memerintahkan SPR dan kerajaan melaksanakan Undi18 menjelang 31 Disember tahun ini.
Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman lima anak muda yang menggesa kerajaan melaksanakan segera pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.
Topic Berkaitan
#Undi 18
#Dewan Rakyat
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan