Di saat negara sedang bersedih tentang tragedi-tragedi penerbangan yang melanda satu demi satu, beberapa warganegara Malaysia telah menghasilan buah fikiran untuk memberi suntikan semangat untuk Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Personaliti radio Umapagan Ampikaipakan dan rakannya Shahriman Lockman berkata krew dan juruterbang-juruterbang MAS harus diberi penghargaan dan motivasi dengan membenarkan mereka mengetuai pasukan negara untuk membawa Jalur Gemilang di sukan Komanwel yang akan datang.

“Kami rasa dengan memberi kebenaran untuk krew MAS mengetuai pasukan negara dengan membawa bendera, ia adalah simbol bahawa kami menyokong mereka dan berdiri teguh di belakang mereka.

“Ini bukanlah hanya tragedi untuk Malaysia. Ia tragedi dunia. Dan kami yakin pihak Komanwel juga akan sokong kami,” katanya.

Umapagan juga menanyakan soalan itu di laman Twitternya dan turut berkongsi perkara itu dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.


Sementara itu, Shahriman seorang penganalisis kanan, berkata ia adalah suatu idea yang menarik untuk dilakukan.

“Saya faham bahawa ada ramai atlit negara pun ingin membawa bendera Malaysia, tetapi sekiranya krew MAS boleh berarak bersama di belakang atlit-atlit negara pun cukuplah,” katanya.