awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
Wabak tibi di Pulau Pinang terkawal, tiada kluster dilaporkan - Exco
Sebuah kilang perabot terbakar, asap tebal selubungi kawasan Petaling Jaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unit kaunseling pantau anggota polis bermasalah

Zarina Hafiz
Zarina Hafiz
10/06/2014
00:54 MYT
Unit kaunseling pantau anggota polis bermasalah
Tan Sri Khalid Abu Bakar
Bahagian Agama dan Kaunseling Polis Di-Raja Malaysia (BAKA) sentiasa memantau pegawai dan anggota polis yang dipercayai mengalami gangguan fikiran atau emosi, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Dalam satu wawancara dengan Astro AWANI, Khalid berkata PDRM memandang serius keadaan pegawai dan anggotanya kerana ia bukan sahaja boleh mengganggu prestasi kerja mereka yang terlibat tetapi juga imej pasukan sebagai sebuah organisasi yang berintegriti.
“Anggota atau pegawai polis yang bermasalah atau yang memerlukan kaunseling akan kita rujuk kepada unit ini dan mereka akan diberi kaunseling, nasihat dan juga bimbingan dalam menghadapi apa juga keadaan tekanan dan sebagainya," katanya.
Unit BAKA ditubuhkan pada tahun 2005 susulan laporan Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM yang mencadangkan agar sebuah Unit Agama ditubuhkan untuk pembangunan kerohanian dan moral anggota polis.
BAKA mempunyai cawangan di Bukit Aman serta di semua kontingen dan balai polis daerah di seluruh negara. Ia juga ditempatkan dalam briged-briged Pasukan Gerakan Am, Institut Latihan Polis, Pasukan Polis Marin, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Pasukan Unit Udara.
Jelas Khalid, warga polis yang mengalami gangguan fikiran dan emosi dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat kaunseling secara sukarela secepat mungkin sebelum terdorong untuk bertindak melanggar etika kerja.
BAKA mempunyai kekuatan seramai 1,571 orang dengan satu perlima daripadanya terdiri daripada pegawai polis dan selebihnya pegawai awam dari Jabatan Kefahaman Islam Malaysia (Jakim) dan kaunselor dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Selain tekanan akibat tugas dan persekitaran, BAKA juga memberi bimbingan kepada warga PDRM yang menghadapi masalah peribadi.
Topic Berkaitan
#Khalid Abu Bakar
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan