awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unit Starlink kedua dipasang di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah

Bernama
Bernama
11/08/2023
06:30 MYT
Unit Starlink kedua dipasang di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah
Fahmi berkata kawasan berkenaan merupakan kampung Orang Asli pertama dipilih untuk pemasangan Starlink. - Gambar/ FB Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Unit peranti satelit Starlink kedua telah dipasang di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah dekat sini pagi ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Fahmi menerusi hantaran di Facebook beliau berkata kawasan berkenaan merupakan kampung Orang Asli pertama dipilih untuk pemasangan Starlink sekali gus menjadikannya lokasi kedua selepas Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kuala Pilah, Negeri Sembilan, bulan lepas.
Dalam hantaran itu, beliau berkata kualiti Internet sedia ada di kampung Orang Asli berkenaan sangat teruk, malah hampir tiada walaupun terdapat 135 penduduk tinggal di kawasan tersebut.
"Matlamat saya masih sama iaitu memastikan baki tiga peratus kawasan berpenduduk yang masih tiada Internet diberi keutamaan," katanya dalam hantaran itu.
Pada masa ini kira-kira 97 peratus kawasan berpenduduk telah mempunyai akses Internet.
Dalam hantaran itu, Fahmi berkata beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia membuat kajian tambahan bagi penyelesaian jangka panjang termasuk pembinaan menara dan pemasangan gentian optik.
"Semoga perkhidmatan Internet ini memberi sinar baharu kepada penduduk setempat," katanya.
Pada 15 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bercadang menggunakan 40 peranti satelit Starlink di institusi pengajian tinggi untuk menaik taraf kemudahan capaian Internet supaya lebih meluas dan pantas di kampus bagi memudahkan proses pembelajaran.
Anwar berkata perkara itu tercetus hasil persidangan video secara maya dengan Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX Elon Musk baru-baru ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Starlink
#Fahmi Fadzil
#Kampung Orang Asli
#Kemensah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan