Penjualan Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah di Manjoi di sini, akan ditangguhkan buat sementara kerana perlu melakukan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri terlebih dahulu.
Pengasas dan Pengetua pusat berkenaan, Datuk Mohd Kazim Elias berkata kerajaan negeri serta beberapa pihak menyatakan kesudian untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pusat pendidikan tersebut.
"Saya menerima panggilan daripada pihak kerajaan negeri pagi ini yang mahu berbincang dengan saya mengenai masalah yang dihadapi pusat ini.
"Selepas perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri saya akan mengumumkan keputusan sama ada menutup atau tidak unit tahfiz pada Ogos ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penjualan unit tahfiz berkenaan yang tular di laman sosial baru-baru ini.
Pusat Pendidikan Al-Barakah yang beroperasi pada 2006 mempunyai tiga unit iaitu Tahfiz Al-Quran, Pondok Pengajian Dewasa dan Tadika Nurul Barakah.
Pendakwah terkenal itu berkata sekiranya unit tersebut dijual notis akan dikeluarkan dalam tempoh empat bulan bagi membolehkan pihak yang berkenaan membuat perancangan.
"Untuk menutup pusat tahfiz ini bukannya hari ini cakap esok tutup. Pelajar di sini mempunyai keluarga dan kami kena beri masa untuk keluarga mereka mencari sekolah lain, begitu juga dengan 25 kakitangan di unit tahfiz ini," katanya.
BACA: Sabarlah, jangan buat andaian - Ustaz Kazim
BACA: 'Tiada arahan halang berceramah'
BACA: Kompleks Al Barakah untuk dijual?
Mohd Kazim menjelaskan penjualan unit tahfiz itu kerana beliau tidak mampu membiayai kos keseluruhan unit berkenaan yang berjumlah kira-kira RM150,000 sebulan.
Katanya, kos tersebut membabitkan membabitkan RM60,000 gaji kakitangan serta guru dan selebihnya untuk bayaran kemudahan termasuk makan, minum serta pengurusan.
Beliau berkata kos pengurusan unit tahfiz tersebut dibiayai oleh wang hasil daripada kuliah dan ceramahnya bukan dana daripada pelbagai pihak termasuk parti politik.
"Saya tidak pernah meminta dana daripada mana-mana pihak termasuk parti politik sebelum ini untuk menguruskan pusat ini. Kos keseluruhan dibiayai menggunakan wang hasil kuliah, ceramah saya serta penjualan produk seperti buku dan cakera padat milik saya dengan kerjasama pihak penerbitan," katanya.
Menurut Mohd Kazim, beliau tidak dapat membiayai unit tersebut kerana kuliah dan ceramahnya dibatalkan di saat akhir sehingga menyebabkan sumber pendapatan digunakan untuk membiayai pusat berkenaan terjejas.
"Saya tidak tuduh sesiapa dan tidak mahu tuduh sesiapa kerana ceramah saya dibatalkan oleh penganjur di saat akhir dan ada yang dibatalkan selepas saya dah sampai di bilik menunggu," katanya sambil menambah pembatalan ceramah berlaku sejak selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 11 2018
Mohd Kazim ketika sidang media mengenai status penjualan Unit Tahfiz Al Quran Al Barakah hari ini. --fotoBERNAMA
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Ustaz Kazim masuk pejabat walaupun belum sihat
Ustaz Kazim yang baru keluar hospital petang semalam berkata, beliau rindu sangat dengan Al Barakah.
Ustaz Kazim serah sekolah tahfiz kepada pengurusan baharu
Persetujuan bagi pengambilalihan unit Tahfiz Al-Quran telah termeterai antara kedua-dua pihak dalam satu majlis kontrak penyerahan yang diadakan di pusat tersebut hari ini.
Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah tangguh untuk dijual
Mohd Kazim berkata kerajaan negeri serta beberapa pihak menyatakan kesudian untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pusat pendidikan tersebut.
Sabarlah, jangan buat andaian - Ustaz Kazim
Melalui Facebooknya, Mohd Kazim juga meminta orang ramai tidak membuat andaian sehingga menjadi fitnah.
Kompleks Al Barakah untuk dijual?
Pendedahan terkini itu mengejutkan banyak pihak memandangkan Kompleks Al Barakah sememangnya dikenali sebagai pusat pengajian Islam dan tahfiz Al-Quran terkemuka diusahakan Mohd Kazim.