awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unit TIME dotCom beli bangunan KWSP pada harga tunai RM62 juta

Bernama
Bernama
12/01/2022
00:17 MYT
Unit TIME dotCom beli bangunan KWSP pada harga tunai RM62 juta
Kos asal pelaburan KWSP untuk bangunan Changkat Raja Chulan itu pada 1994 ialah RM46.04 juta. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: TIME dotCom Bhd (TIME) membeli bangunan pejabat pegangan bebas 13 tingkat bersama 95 ruang tempat letak kereta yang dikenali sebagai Bangunan KWSP Changkat Raja Chulan pada harga tunai RM62 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, TIME berkata pembelian itu akan dibuat melalui anak syarikat milik penuhnya AIMS Data Centre Sdn Bhd (ADC) dan ADC telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk cadangan pemerolehan itu.
Cadangan pembelian itu akan membolehkan TIME mengembangkan kemudahan operasinya.
"Selain daripada sebarang keadaan yang tidak diduga, dan tertakluk kepada pemenuhan syarat yang terdahulu, cadangan pembelian itu dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tanpa syarat (apabila syarat terakhir sebelum itu dipenuhi)," tambahnya.
Kos asal pelaburan KWSP untuk bangunan itu pada 1994 ialah RM46.04 juta. Nilai buku bersihnya yang belum diaudit pada 30 November 2021 ialah RM20.59 juta, menurut makluman tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KWSP
#TIME
#Bursa Malaysia
#penjualan bangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan