awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unit udara JBPM guna dron pantau kawasan terjejas banjir

Bernama
Bernama
30/12/2021
21:00 MYT
Unit udara JBPM guna dron pantau kawasan terjejas banjir
Unit Udara JBPM menggunakan dron bagi memantau dan menilai tahap risiko kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir. -Gambar fail/Astro AWANI
JELI: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan dron bagi memantau dan menilai tahap risiko kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir.
Pengarah Unit Udara JBPM Nazili Mahmood berkata penggunaan teknologi robotik itu sekali gus menjadi pelengkap untuk melakukan tinjauan menerusi pengoperasian udara.
Beliau berkata pihaknya telah mewujudkan unit dron di setiap negeri yang dianggotai seramai enam pegawai dan anggota yang telah diberikan latihan khusus dan turut dibantu 10 pegawai dan anggota dari ibu pejabat.
"Kita lihat keperluan dron ini adalah sangat diperlukan khususnya untuk melakukan jangkauan dan menilai tahap risiko yang ada di kawasan yang terjejas banjir termasuk boleh menganggarkan air pasang surut dan sebagainya.
"Malah, dron yang kita gunakan juga dapat berkomunikasi menerusi pesanan suara untuk meminta penduduk berpindah sekiranya perlu sekali gus dapat memudahkan operasi menyelamat dan sebagainya," katanya selepas menyampaikan bantuan banjir kepada penduduk di Kampung Legeh, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah JBPM Kelantan Jainal @ Zainal Madasin.
Dalam perkembangan sama, Nazili berkata sebanyak tujuh helikopter sedia untuk digerakkan di seluruh negara bagi membantu pengoperasian ketika musim banjir.
"Kita juga telah bersiap sedia khusus untuk logistik dan penyelamatan unit udara dengan adanya tujuh helikopter iaitu lima buah bagi kegunaan di Semenanjung dan masing-masing satu di Sabah dan Sarawak.
"Malah, apa yang berlaku di Lembah Klang dan Pahang pada minggu lepas, kita menggunakan logistik udara untuk membawa mangsa-mangsa ke tempat selamat termasuk menghantar bekalan makanan ke lokasi yang terputus hubungan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Unit Udara JBPM
#banjir
#dron
#Nazili Mahmood
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan