KUALA LUMPUR: Hasrat juara Sukan SEA acara 400 meter (m) lelaki, Umar Osman menaiki podium di Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu, China, tidak kesampaian selepas menamatkan saingan final acara itu di tempat ketujuh pada Khamis.
Pelari berusia 20 tahun dari Johor itu yang bermula di lorong pertama, mencatat masa 46.41 saat (s) pada saingan yang berlangsung di Stadium Pusat Sukan Shuangliu.
Atlet Portugal, Joao Ricardo Agostinho Coelho muncul pelari terpantas apabila melepasi garisan penamat dengan catatan 44.79s, diikuti wakil Australia, Reece Holder di tempat kedua dengan catatan sama manakala wakil Romania, Mihai Sorin Dringo di kedudukan ketiga (45.27s).
"Saya tak jangka terpaksa bermula di lorong paling dalam, saya lebih suka berada di lorong kelapan.
"Saya minta maaf tak dapat sumbang pingat buat negara, apa pun ia pengalaman berharga buat saya," katanya menerusi aplikasi WhatsApp yang dikongsi dengan media.
Umar sebelum ini mencipta sensasi tersendiri di Chengdu apabila memecahkan rekod kebangsaan buat kali kedua dalam tempoh kurang 24 jam dengan mencatat masa baharu 46.09s pada Rabu.
Beliau sebelum itu mencatat 46.33s pada peringkat saringan sekali gus memecahkan rekod kebangsaan 46.34s dilakarnya pada Sukan SEA 2023 Kemboja.
Bagi acara tukul besi wanita pula menyaksikan Grace Wong berjaya melangkah ke pentas final Khamis, selepas beliau melakukan lontaran sejauh 61.37 meter (m) untuk berada pada kedudukan tiga teratas keseluruhan di pusingan kelayakan pada Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023
Umar menamatkan saingan final di tempat ketujuh dalam acara 400m lelaki Sukan Universiti Dunia di Chengdu, China, pada Khamis. - Facebook/Sukan IPT
Malaysia perlu bergerak jadikan TVET pilihan utama lepasan sekolah menengah - Ahmad Zahid
Malaysia perlu bergerak ke arah menjadikan bidang TVET sebagai pilihan utama lepasan sekolah menengah.
EU desak siasatan, PBB kecam serangan Israel terhadap sekolah UNRWA di Gaza
Beliau menyifatkan serangan itu sebagai "satu lagi contoh mengerikan, harga yang dibayar oleh orang awam".
Terbuka Indonesia: Cabaran Zii Jia tersekat di suku akhir
Hasrat Lee Zii Jia untuk mara ke separuh akhir Terbuka Indonesia tidak kesampaian apabila disekat bintang Thailand, Kunlavut Vitidsarn.
Jasad wira negara Etim Bijam selamat disemadi
Jasad Koperal (B) Etim Bijam disemadikan di Makam Pahlawan Kuching pada tarikh 7 Jun 2024, genap 52 mendiang menerima Pingat Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa.
Lapangan terbang antarabanga baharu Kuching setaraf Doha
Premier Sarawak, Tan SrI Abang Johari Tun Openg berkatalapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bakal menjadi antara yang tercanggih di asia dari sudut pelaksanaan teknologi.
Tindakan roboh rumah demi kedaulatan negara
Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos menegaskan tindakan merobohkan kediaman haram itu dilakukan demi kedaulatan negara dan memastikan tiada pencerobohan di kawasan sempadan perairan negara.
Notis tidak diendah dan keselamatan punca rumah diroboh
Pengarah Taman Taman Sabah, Maklarin lakim, ketika dihubungi berkata tindakan tegas diambil susulan insiden dua Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) cedera di tembak semasa menjalankan rondaan di perairan Kunak pada 7 April .
Hanya roboh, tiada arahan untuk bakar rumah
Pegawai Daerah Semporna, Alexander Liew menegaskan arahan merobohkan 138 rumah haram yang dibina Bajau Laut yang tidak mempunyai kerakyatan tidak melibatkan sebarang tindakan membakar kediaman berkenaan.
Masalah air UMS masih belum bernoktah
Pelajar UMS kecewa apabila harapan untuk menyaksikan masalah bekalan air di universiti itu berakhir sekadar indah khabar daripada rupa.
Enam memorandum tuntutan penyelesaian masalah air
Sekreteriat perhimpunan #KamiMahuAir Sabah membawa enam memorandum tuntutan mengenai penyelesaian masalah bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Sabah amnya.
Umar mahu kekal momentum rekod kebangsaan di Hangzhou
Umar nyatakan hasrat untuk mencapai sasaran masa di bawah 46 saat sekali gus berada dalam kelompok lapan terbaik temasya berkenaan.
Umar gagal ke final, impian lebur rekod kebangsaan tidak kesampaian
Pemegang rekod kebangsaan 400m itu menamatkan perlumbaan saringan satu di kedudukan keempat dengan catatan masa 46.42 saat.
Umar sasar perbaharui rekod kebangsaan 400m di Pattaya
Atlet berusia 20 tahun itu kini giat menjalani latihan bersama jurulatihnya, Simon Lau, di Sekolah Sukan Singapura.