awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Universiti Xiamen bakal bertapak di Malaysia

Bernama
Bernama
05/02/2013
23:17 MYT
Universiti Xiamen bakal bertapak di Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Jia Qinglin, pengerusi Jawatankuasa Nasional Persidangan Perundingan Politik Rakyat China, menyaksikan upacara menandatangani Memorandum Persetujuan (MoA) di sini mengenai pembangunan kampus cawangan seberang laut pertama universiti utama di China, Universiti Xiamen malam tadi.
Universiti Xiamen diwakili oleh Presidennya Zhu Chongshi sementara pihak Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Sun Suria Development Sdn Bhd, Datuk Ter Leong Yap di upacara itu di Sri Perdana.
Sebaik tiba di Sri Perdana sekitar 8.25 malam, Jia Qingling mengadakan perbincangan dengan Najib selama kira-kira 40 minit, sebelum mereka menyaksikan upacara menandatangani MoA.
Pada 21 Januari, Najib mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan pada prinsipnya penubuhan kampus cawangan seberang laut pertama universiti berkenaan di kawasan seluas 60.72 hektar di Salak Tinggi, dekat sini.
Kampus itu dijangka beroperasi pada September 2015. Penubuhannya begitu bersejarah kerana ini kali pertama kerajaan China membenarkan sebuah universitinya menubuhkan kampus cawangan di seberang laut.
Kos pembinaan kampus itu dianggarkan kira-kira RM600 juta, RM400 juta daripadanya akan dibelanjakan pada fasa pertama penubuhannya.
Turut hadir di upacara itu ialah Wakil Khas Perdana Menteri ke China dan Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China Tan Sri Ong Ka Ting, dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Najib dan Jia kemudian menghadiri jamuan malam yang turut disertai isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Jia, yang tiba Selasa, kini dalam rangka lawatan selama empat hari ke Malaysia.
Sebelum itu, beliau dan Najib merasmikan upacara pecah tanah bagi tapak Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP), di Gebeng, Kuantan.
Topic Berkaitan
#China
#Datuk Seri Najib Razak
#Jia Qinglin
#Malaysia
#Univeristi Xiamen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan