DULU telefon boleh mempunyai bateri yang bertahan berhari-hari lamanya, sekarang sehari sekali perlu dicas.
Kemudian muncul pula jam tangan pintar, kini kaca mata pintar pula kembali menjadi trend dan akan datang anda mungkin perlu mengecas anting-anting pula kerana versi pintar telah dibangunkan.
The Thermal Earring adalah anting-anting pintar yang dibangunkan oleh University of Washington.
Ia dikatakan mempunyai prestasi lebih hebat berbanding jam tangan pintar dalam mengesan suhu kulit serta dengan bateri bertahan sehingga 28 hari. Ia menggunakan sambungan Bluetooth kuasa rendah dan icas melalui solar atau tenaga kinetik.
Sensor merekod data melalui cuping telinga secara berterusan. Ia dikatakan turut boleh menjejak tekanan, demam, senaman, tabiat makan,serta trend kesihatan.
The Thermal Earring turut boleh diubah suai oleh pengguna seperti menambah aksesori resin atau batu permata.
Anting-anting ini masih berada di dalam fasa prototaip. Ia menyasarkan pengguna wanita, tetapi produk akhir untuk orang ramai masih belum ditentukan.
Adakah ia akan hadir secara sepasang - dengan sebelah sahaja pintar? Adakah bahan binaannya mesra kulit semua orang? Sama-sama kita nantikan. - Amanz
Amanz
Wed Feb 14 2024
The Thermal Earring adalah anting-anting pintar yang dibangunkan oleh University of Washington. - Gambar/ Amanz
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
SPRM sahkan tahan MB Perlis
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli disahkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 10 pagi tadi.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
University of Washington bangun anting-anting pintar
The Thermal Earring mempunyai prestasi lebih hebat berbanding jam tangan pintar dalam mengesan suhu kulit serta dengan bateri bertahan sehingga 28 hari.