awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Untungnya lengkap divaksin, PM umum negeri Fasa 2, 3 sudah boleh bersukan

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2021
11:29 MYT
Untungnya lengkap divaksin, PM umum negeri Fasa 2, 3 sudah boleh bersukan
Aktiviti sukan dan rekreasi berpasukan yang melibatkan sentuhan fizikal (seperti bola sepak, bola tampar, takraw dan lain-lain) dibenarkan mengikut kapasiti penuh sukan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kelonggaran bagi aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal bagi sektor sosial di negeri Fasa 2 dan Fasa 3.
Ismail Sabri dalam satu kenyataan pada Rabu mengumumkan beberapa aktiviti melibatkan pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka (outdoor) dan tertutup (indoor) dibenarkan kepada individu telah lengkap vaksin (secara tempahan, sanitasi, penjadualan penggunaan dan pemantauan rapi.
Senarai di bawah adalah antara kelonggaran lain:
* Aktiviti sukan dan rekreasi berpasukan yang melibatkan sentuhan fizikal (seperti bola sepak, bola tampar, takraw dan lain-lain) dibenarkan mengikut kapasiti penuh sukan tersebut terhad bagi individu yang telah lengkap vaksin sahaja dan dilakukan di premis yang mempunyai kawalan penyeliaan sepenuhnya.
* Aktiviti kecergasan individu seperti senamrobik, zumba dan seumpamanya yang dilakukan secara berkumpulan di kawasan/premis yang sama dengan mematuhi 50 peratus kapasiti atau tidak melebihi 50 orang (mana-mana yang lebih rendah) bagi individu yang lengkap divaksin, dengan seliaan jurulatih/instruktur dibenarkan.
Selain itu, kelonggaran baharu bagi sektor rekreasi di negeri Fasa 1 dan Fasa 2 termasuk kebenaran aktiviti kolam memancing dalam tempoh PPN dengan mematuhi syarat vaksinasi lengkap berdasarkan ketetapan berikut: * Fasa 1 : 6 pagi – 8 malam di daerah yang sama * Fasa 2 : 6 pagi – 10 malam di negeri yang sama.
Topic Berkaitan
#Ismail Sabr Yaakob
#Kelonggaran di negeri Fasa 2 & 3
#Bersukan
#indoor dan outdoor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan