awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Upah RM5,000 hantar dadah hampir RM2 juta dari Semenanjung ke Miri

Bernama
Bernama
08/11/2024
13:32 MYT
Upah RM5,000 hantar dadah hampir RM2 juta dari Semenanjung ke Miri
Mancha Ata berkata ua suspek itu ditangkap dalam operasi oleh sepasukan anggota polis dari JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak. - Bernama
KUCHING: Dua lelaki menerima upah RM5,000 untuk menyeludup masuk dadah hampir 22 kilogram (kg) dari Semenanjung Malaysia ke negeri ini ditahan di balai ketibaan bahagian luar Lapangan Terbang Miri, kelmarin.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata suspek warga tempatan berusia 36 dan 42 tahun itu ditangkap dalam operasi oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.
Beliau berkata kedua-dua suspek didapati membawa 10.83kg pil Eramin 5, pil ekstasi (4.1kg) dan syabu (7kg) yang dianggarkan bernilai RM1,991,700.
Mancha berkata siasatan mendapati bekalan dadah tersebut diperolehi dari Semenanjung Malaysia sebelum dibawa masuk ke Miri melalui lapangan terbang dengan suspek menerima upah RM5,000.
"Ujian saringan awal air kencing kedua-dua suspek juga didapati positif dadah methamphetamine, amphetamine dan benzo," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kedua-dua suspek kini direman sehingga 13 Nov dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#upah
#Seludup dadah
#polis
#dua suspek ditahan
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan