awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Upah 'tonto' pantau pihak berkuasa, aktiviti seleweng diesel bersubsidi akhirnya tumpas

Aida Aziz
Aida Aziz
17/05/2023
08:15 MYT
Upah 'tonto' pantau pihak berkuasa, aktiviti seleweng diesel bersubsidi akhirnya tumpas
Hasil pemeriksaan ke atas premis tersebut menemukan dua buah 'skid tank' yang di dalamnya terdapat cecair disyaki minyak diesel. - Foto KPDN
KUALA KANGSAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan rampasan keseluruhan RM101,400 dalam Op Tiris di sebuah premis kilang papan, di Kampung Chuar Hulu, Sauk di sini hari ini.
Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan pada jam 10.30 pagi itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN.
Beliau berkata melalui maklumat risikan, sindiket itu juga dipercayai mengupah 'tonto' bagi memastikan aktiviti mereka beroperasi tanpa disedari oleh pihak berkuasa.
Katanya lagi, hasil pemeriksaan ke atas premis tersebut menemukan dua buah 'skid tank' yang di dalamnya terdapat cecair disyaki minyak diesel.
"Turut ditemui dua kenderaan, sebuah lori loader lima tan dan van yang telah diubah suai dengan meletakkan tangki lain selain tangki asal lori tersebut.
"Bagaimanapun pemilik premis tiada di tempat kejadian semasa serbuan. Kesemua kenderaan, peralatan penyedut minyak dan cecair yang disyaki minyak diesel dengan anggaran sebanyak 31,000 liter telah disita," katanya kepada pemberita pada Rabu.
Turut ditemui dua kenderaan, sebuah lori loader lima tan dan van yang telah diubah suai. - Foto KPDN Perak
Turut ditemui dua kenderaan, sebuah lori loader lima tan dan van yang telah diubah suai. - Foto KPDN Perak
Ulasnya lagi, beliau percaya sindiket tersebut membeli minyak diesel di beberapa stesen minyak sekitar Kuala Kangsar dengan harga subsidi secara berulang, kemudian mengumpul dan menyimpan ia di dalam tangki sebelum dijual kepada pihak industri.
"KPDN juga akan melakukan siasatan lanjut ke atas stesen minyak yang berkaitan dan akan mengambil tindakan jika didapati terlibat dalam penyelewengan ini," katanya lagi.
Katanya, kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Masyarakat disarankan menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai sebarang maklumat khususnya mengenai aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi.
Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkenaan aktiviti itu ke mana-mana cawangan KPDN berdekatan bagi membanteras aktiviti penyelewengan dan mengelakkan berlaku ketirisan subsidi kerajaan melalui saluran berikut:
i. WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000 ii. Portal Aduan: e-aduan.kpdn.gov.my iii. Call Centre 1-800-886-800 iv. Emel [email protected]
Topic Berkaitan
#disel bersubsidi
#KPDN Perak
#tonto
#Op Tiris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan