awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UPKK 2023: 28,531 calon peroleh keputusan 8A

Faida Rahim
Faida Rahim
18/04/2024
04:48 MYT
UPKK 2023: 28,531 calon peroleh keputusan 8A
Mohd Na'im menunjukkan laporan agregat keseluruhan Ujian Penilaian Kelas KAFA tahun 2023 di Kompleks Islam Putrajaya, pada Khamis. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA : Seramai 28,531 atau 12.37 peratus calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) memperoleh keputusan Cemerlang (A) bagi kesemua lapan mata pelajaran peperiksaan itu.
Kesemua lapan mata pelajaran berkenaan ialah Bidang al-Quran; Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah); Sirah; Adab; Jawi dan Khat; Lughatul Quran; Penghayatan Cara Hidup Islam serta Amali Solat.
Dalam perkembangan sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, sebanyak 88 peratus calon mencatat lulus keseluruhan, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan pula ialah 1.89 mata.
“Calon yang mendapat 7A berjumlah 18,185 bersamaan 7.89 peratus, 6A (19,606), 5A (25,697) dan 4A (28,422),” katanya pada sidang pengumuman keputusan UPKK tahun 2023 di sini, pada Khamis.
Tambah beliau, seramai 48,031 (20.83 peratus) mendapat keputusan 3A, 28,460 (12.34 peratus) mendapat 2A, 14,542 (6.31 peratus) mendapat 1A manakala 22,302 (9.67 peratus) calon tidak mendapat sebarang gred A.
Sementara, calon yang mendapat keputusan semua D pula adalah seramai 14 calon (0.01 peratus).
Beliau juga memaklumkan murid yang menduduki UPKK 2023 boleh menyemak keputusan peperiksaan melalui dua mekanisme iaitu semakan dalam talian melalui laman sesawang http://semakan.islam.gov.my dengan menggunakan nombor mykad serta angka giliran.
Semakan juga boleh dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), UPKK<jarak>No MyKad<jarak>No Angka Giliran dan hantar ke 15888 bermula jam 12 tengah hari ini.
Topic Berkaitan
#UPKK 2023
#keputusan 8A
#Ujian Penilaian Kelas Kafa
#Mohd Na'im Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan