awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UPKK, UPSRA pada Isnin dan Selasa ditangguh

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
04/10/2015
09:47 MYT
UPKK, UPSRA pada Isnin dan Selasa ditangguh
Tarikh baharu bagi pelaksanaan peperiksaan bagi tiga subjek berkenaan akan dimaklumkan kemudian berdasarkan kepada IPU semasa. -fotoBERNAMA
Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) yang dijadual berlangsung bermula 5 hingga 8 Oktober ditangguh selama dua hari berikutan jerebu.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha berkata ujian pada dua hari tersebut akan diganti kepada satu tarikh lain yang akan diberitahu kelak dan penangguhan ini melibatkan semua pusat peperiksaan di seluruh Malaysia.
Katanya tarikh baharu yang diberi kelak akan mengikut kepada keadaan dan laporan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa.
Keputusan itu dibuat berikutan masalah jerebu yang melanda di kebanyakan negeri di Malaysia dengan bacaan (IPU) tidak sihat.
Pelaksanaan peperiksaan UPKK kepada 207,343 orang calon yang diselaraskan oleh JAKIM seluruh Malaysia bagi subjek ulum syariah yang dijadualkan pada hari Isnin 5 oktober 2015 subjek sirah serta subjek jawi dan khat yang dijadualkan pada hari Selasa 6 Oktober 2015 adalah ditangguhkan.
Manakala bagi jadual hari Rabu dan Khamis berjalan seperti yang dijadualkan.
"Kalau kita adakan peperiksaan esok, soalannya adalah serentak seluruh negara, bererti kalau ada satu negeri yang tidak terlibat dengan peperiksaan ini akan menjadi masalah.
"Sebab itu, kita buat keputusan untuk tangguh semua, andainya satu negeri sahaja yang diisytiharkan terlibat dengan IPU tidak sihat ini pun kita akan ambik keputusan serupa," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Pihak JAKIM juga menyambut baik keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang menangguhkan satu lagi peperiksaan iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) pada Isnin dan Selasa.
Tambah Othman, peperiksaan UPSRA di semua sekolah kelolaan JAWI iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan ditunda kepada 12 dan 13 Oktober depan dan selebihnya adalah mengikut jadual.
Bagi negeri-negeri lain UPSRA adalah tertakluk kepada pentadbiran negeri terlibat jerebu.
Topic Berkaitan
#kelas kafa
#Othman Mustapha
#Sekolah Rendah Agama
#UPKK
#UPSRA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan