awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UPM melonjak 43 anak tangga dalam rangking universiti Asia 2020

Bernama
Bernama
04/06/2020
06:15 MYT
UPM melonjak 43 anak tangga dalam rangking universiti Asia 2020
THE Asia University Rankings 2020 yang diumumkan semalam menyenaraikan 489 universiti dari 30 negara di Asia.
Universiti Putra Malaysia (UPM) melonjak 43 anak tangga dalam Time Higher Education (THE) Asia University Rankings 2020, lonjakan tertinggi dalam kalangan universiti Malaysia.
Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Aini Ideris dalam kenyataan hari ini berkata pencapaian itu meletakkan universiti berkenaan pada kedudukan ke-145 berbanding 188 pada tahun lepas.
Menurutnya, penilaian THE Asia University Rankings mengambil kira lebih daripada 60 peratus indikator kualiti penyelidikan dan penyelidikan berimpak berbanding penilaian ranking lain yang lebih tertumpu kepada kajian reputasi sesebuah universiti.
"Ini sekali gus mengiktiraf kedudukan UPM sebagai sebuah Universiti Penyelidikan yang tersohor dan bertaraf antarabangsa," katanya.
Aini berkata UPM berjaya menduduki tangga teratas dalam kalangan universiti Malaysia bagi indikator penyelidikan yang merangkumi jumlah penerbitan, pendapatan hasil dari penyelidikan serta reputasi penyelidikan.
THE Asia University Rankings 2020 yang diumumkan semalam menyenaraikan 489 universiti dari 30 negara di Asia.
Menurutnya, terdapat lima indikator utama dalam penilaian THE Asia University Rankings iaitu pengajaran (25 peratus), penyelidikan (30 peratus), petikan (citation) (30 peratus), tinjauan antarabangsa (7.5 peratus) dan pendapatan industri (7.5 peratus).
Topic Berkaitan
#Asia University Rankings 2020
#kedudukan universiti
#Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Aini Ideris
#Time Higher Education THE
#Universiti Penyelidikan
#Universiti Putra Malaysia UPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan