Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 September 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 September 2026.

1. Nahas FDS: DNA semua mangsa dikenal pasti, keluarga tuntut jenazah

Kesemua jasad mangsa nahas pesawat helikopter BO 105S yang terhempas di Lapangan Terbang Pendek Long Lellang dijangka dituntut keluarga pada Sabtu, menurut Pesururuhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah.

2. PAU 2026: PRU16 wajar disegerakan kerana sampai 'edah pilihan raya' - Asyraf Wajdi

UMNO berpandangan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) wajar disegerakan kerana tempoh pentadbiran kerajaan ketika ini sudah memasuki “edah pilihan raya”.

3. Malaysia siasat penahanan 30 rakyat disyaki terlibat aktiviti penipuan di Indonesia

Malaysia akan melakukan siasatan susulan penahanan 30 rakyat negara ini yang disyaki terlibat dengan aktiviti penipuan dalam talian di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia baru-baru ini. 

4. PBSL: Pelepasan Peter Anthony bukan kerana layanan berbeza - Jabatan Penjara

Pelepasan bekas Menteri Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony melalui Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) dibuat setelah memenuhi tempoh kelayakan ditetapkan serta melalui proses tapisan dan penilaian seperti prospek lain yang dipertimbangkan untuk program itu.

5. Jadual padat di New Delhi punca persinggahan Tamil Nadu dibatal - Ramanan

Pembatalan jadual persinggahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Tamil Nadu berpunca daripada isu penyelarasan jadual yang padat dan bukannya disebabkan penolakan oleh mana-mana pihak seperti didakwa segelintir portal berita tempatan.

6. Malaysia setuju penubuhan Konsulat Jeneral India di Kota Kinabalu

Malaysia bersetuju dengan cadangan penubuhan Konsulat Jeneral India di Kota Kinabalu, Sabah, perkembangan yang dijangka memperkukuh hubungan dua hala serta memudahkan urusan konsular di antara kedua-dua negara.

7. PAU 2026: 'Tiada siapa mahu lihat UMNO bangkit, bina kekuatan sendiri' - Tok Mat

UMNO perlu membina kekuatan dalaman sendiri dan tidak bergantung kepada ihsan atau bantuan parti lain bagi mempersiapkan jentera menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

8. Jerebu: 12 PPD Sarawak buka semula sekolah, 2 daerah masih ditutup

Semua sekolah rendah dan menengah di bawah 12 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sarawak akan dibuka semula bermula Isnin, 14 September, selepas pemantauan berterusan terhadap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) susulan keadaan jerebu.

9. UMNO kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal – Ahmad Zahid

UMNO akan terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal selaras dengan resolusi yang diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO.

10. Syed Saddiq serah sendiri kad jemputan kahwin kepada Tun Mahathir, Hasmah

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen istimewa bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

 

Must Watch Video

Advertisement