awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan
Azmin, Faizal Azumu antara yang hadir perjumpaan khas di kediaman Muhyiddin
Johor umum “hadiah” hampir RM17 juta sempena Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UPSI jadikan 2020 tahun mengimarahkan tulisan jawi

Bernama
Bernama
25/12/2019
20:48 MYT
UPSI jadikan 2020 tahun mengimarahkan tulisan jawi
Kemerosotan minat generasi hari ini terhadap tulisan jawi harus dipulih dan digalakkan terutama di UPSI, institusi melahirkan pendidik yang akan mengajar di sekolah-sekolah di seluruh negara. - Gambar hiasan
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan mengimarahkan tulisan jawi di kedua-dua kampusnya iaitu Kampus Sultan Azlan Shah di Proton City dan Kampus Sultan Abdul Jalil Shah bermula tahun depan, sebagai usaha mengangkat aksara itu sebagai warisan bangsa di negara ini.
Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, UPSI akan membantu Kementerian Pendidikan menyemarakkan tulisan jawi, selaras dengan sejarah penubuhan universiti itu yang memperjuangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu sejak tahun 1920-an lagi, iaitu di zaman Sultan Idris Training College (SITC).
Justeru katanya, UPSI akan memeriahkan kampus dengan tulisan jawi selain memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
"Saya menggalakkan semua kain rentang program pelajar dan papan tanda dimasukkan tulisan jawi serta program-program pengimarahan tulisan jawi di kolej-kolej kediaman serta fakulti supaya tulisan ini diperkasakan sebagai warisan bangsa," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Beliau berpandangan kemerosotan minat generasi hari ini terhadap tulisan jawi harus dipulih dan digalakkan terutama di UPSI, institusi melahirkan pendidik yang akan mengajar di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Tambahnya, di UPSI sendiri, terdapat kursus minor penulisan jawi di bawah program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, yang setiap pelajar wajib lulus kursus kemahiran jawi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bahasa Melayu
#guru
#JAWI
#kain rentang
#Kementerian Pendidikan
#Mohammad Shatar Sabran
#pelajar
#pendidik
#sastera Melayu
#UPSI
#warisan bangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan