awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UPSI kenal pasti identiti 15 penuntut terkorban dalam kemalangan bas

Astro Awani
Astro Awani
09/06/2025
11:13 MYT
UPSI kenal pasti identiti 15 penuntut terkorban dalam kemalangan bas
Keadaan semasa di kawasan kejadian kemalangan maut melibatkan sekurang-kurangnya 15 pelajar UPSI di Jalan Raya Timur-Barat Banun, Gerik, awal pagi tadi, pada tinjauan Bernama di sini hari ini. -- fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengenal pasti 15 penuntut yang terkorban dalam nahas bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Banun berdekatan Tasik Banding di Gerik pada awal pagi Isnin.
Pengurusan UPSI pada petang Isnin mengesahkan mangsa terdiri daripada 11 pelajar perempuan dan empat lelaki daripada lapan fakulti.
Berikut senarai mangsa-mangsa:
Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK):
* Nurul Izyanti Muhamad Azahar
* Wan Nur Suhaila Wan Muhammad
* Muhammad Adib Hazim Halim
* Nurul Fatihah Abu Setaman
Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSLIK)
* Muhammad Mustaqim Rosde
Fakulti Pembangunan Manusia (FPM)
* Nur Ainul Qistina Mat Ali
* Nur Dalila Farhana Mohamad Isma
* Nurly Sahirah Azman
Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK)
* Sufea Adela Maslihaizan
* Nik Amni Nadiah Nik Nor Zabir
Fakulti Sains Matematik (FSMT)
* Mohammad Aqil Taqiuddin Mohd Sofian
* Fatin Nasrien Fadli
Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV)
* Nor Ayuni Maslan
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSKJ)
* Anis Soffiyya Md Zaidi
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPEK)
* Fakhrul Arif Rosdi
Kemalangan pada jam 1 pagi Isnin itu berlaku ketika bas dari Jerteh, Terengganu menghala ke kampus UPSI di Tanjung Malim dipercayai melanggar belakang kereta MPV jenis Perodua Alza di depannya.
Siasatan kes kemalangan maut itu dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mengambil kira pelbagai kemungkinan, kata Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin.
Siasatan akan turut melibatkan kerjasama dari pihak ketiga iaitu PUSPAKOM, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Bas berkenaan membawa 44 individu dari Jerteh terdiri daripada 42 pelajar UPSI lingkungan usia 21 hingga 23 tahun, pemandu dan kelindan.
Tiga belas mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian, dan dua lagi meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Gerik.
Topic Berkaitan
#kemalangan bas UPSI
#pengurusan UPSI
#senarai penuntut UPSI terkorban
#Noor Hisam Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan