awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UPSR bocor: Dua guru direman empat hari

Bernama
Bernama
18/09/2014
05:43 MYT
UPSR bocor: Dua guru direman empat hari
UPSR bocor: Dua guru direman empat hari
Dua lagi guru direman hari ini selama empat hari bagi membantu siasatan polis berhubung kes kebocoran soalan mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
Majistret Nur Dahlia Azmi mengeluarkan perintah reman itu untuk kedua-duanya disiasat di bawah Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Seorang daripada mereka merupakan wanita berumur 26 tahun yang ditahan di Labis, Johor dan seorang lelaki berumur 31 tahun yang ditahan di Nilai, Negeri Sembilan.
Setakat ini 12 orang telah disiasat berhubung kes kebocoran itu, 10 daripada mereka merupakan guru, seorang ejen insurans dan seorang jurutera.
Berikutan kebocoran itu, kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan selepas murid mendudukinya Khamis lepas, sementara kerja mata pelajaran Sains 018, 028 dan 038 ditangguhkan sebelum murid mengambilnya pada hari yang sama.
Lembaga Peperiksaan menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu untuk murid menduduki semula kedua-dua kertas itu.
Topic Berkaitan
#bocor
#guru
#integriti
#pendidikan
#peperiksaan
#reman
#tangkap
#UPSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan