Tindakan pantas pihak berkuasa menyiasat dan menahan mereka yang disyaki terlibat dengan kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dilihat mencerminkan ketelusan dan kejujuran kerajaan.
Ia juga memperlihatkan kesungguhan kerajaan menyiasat dalang kes berkenaan sehingga ke akar umbi serta menghantar mesej jelas bahawa kerajaan dan pihak berkuasa tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya terhadap sesiapa yang terlibat.
Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata tindakan itu adalah wajar dan tepat pada masanya.
"Ini terbukti kerajaan tidak 'memilih bulu' dalam mengambil tindakan dan menjalankan siasatan terhadap sesiapa sahaja didapati terlibat.
"Hukuman berat perlu dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah bagi mengelakkan kejadian sama berulang di masa hadapan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Terkini polis semalam menahan dua individu iaitu seorang guru dan seorang ejen insurans dalam serbuan di Kuala Ketil, Kedah dan Sentul di sini berhubung kes tersebut selepas menahan tiga guru lelaki dan seorang guru wanita dalam serbuan di Pulau Pinang dan Perak pada Sabtu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng dalam kenyataannya hari ini berkata dua daripada mereka telah dibebaskan atas jaminan polis dan empat orang hari ini direman sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan.
Noor Azimah, bagaimanapun meminta orang ramai tidak menuding jari kepada warga pendidik semata-mata kerana terdapat beberapa pihak lagi yang mempunyai akses dalam proses pengendalian kertas soalan peperiksaan.
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan itu manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menetapkan 30 Sept ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.
Susulan itu juga, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai.
Sementara itu, Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda Umno, Mohd Rafiq Naizamohideen memuji tindakan cepat dilakukan pihak berkuasa dan kementerian pendidikan dalam menangani insiden berkenaan.
"Saya melihat ia satu tindakan berani dan berjiwa besar dilakukan oleh TPM selaku Menteri Pendidikan termasuk memohon maaf kepada ibu bapa dan rakyat yang menunjukkan rasa tanggungjawab, tidak lepas tangan terhadap insiden ini," katanya.
Mohd Rafiq yang juga Exco Pemuda Umno Kebangsaan, mencadangkan diwujudkan satu pelan kecemasan agar terdapat set soalan gantian andainya terjadi kes sebegini pada masa depan.
Ini bagi memastikan tiada sebarang penundaan tarikh peperiksaan yang boleh menjejaskan emosi pelajar terlibat, katanya.
"Perlu ada satu mekanisme dan penambahbaikan dalam SOP (Prosedur Operasi Standard) dalam hal berkaitan agar ia tidak berulang terutama dalam usaha menjadikan negara sebuah hab pendidikan dunia," katanya.
Seorang guru mata pelajaran Sivik di Sekolah Menengah Peh Hwa, Muar, Johor, Zainab Tukinon, 44, berkata tindakan tegas kerajaan tidak melindungi mana-mana warga pendidik yang disyaki terlibat merupakan satu tindakan telus di bawah pimpinan Muhyiddin.
"UPSR mungkin peperiksaan yang 'simple', namun ia sangat menjejaskan integriti perguruan, ini satu pengajaran buat mana-mana guru yang mengkhianati kepercayaan diberikan kepada mereka".
Katanya hukuman terhadap sesiapa yang dibuktikan terlibat akan menjadi pengajaran kepada mereka yang terlibat dan juga masyarakat.
Bernama
Mon Sep 15 2014
PAGE: Tindakan pantas cermin ketelusan, kejujuran kerajaan - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sejarawan bimbang mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah bocor ketika hujan
Kebimbangan dibangkitkan mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah utama monumen Mughal yang terkenal itu bocor ketika hujan.
Kon Yeow akui tidak tahu senarai darjah kebesaran Pulau Pinang bocor
Chow Kon Yeow berkata, beliau hanya mengetahui perkara itu setelah diajukan soalan oleh wartawan pada Ahad.
Ruang istirahat Gate G6 Terminal 1 KLIA ditutup sementara akibat bocor susulan hujan lebat - MAHB
Siling ruang istirahat Gate G6 di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami sedikit kebocoran pagi ini.
Sukan Olimpik Tokyo: Chong Wei bocor rahsia Chen Long ubah corak permainan
Chong Wei membuat risikan apabila cuba mengorek rahsia Chen Long melalui bekas jurulatihnya, Li Mao.
Pemex, Mexico akan siasat insiden paip gas bocor
Presiden Mexico, Andrs Manuel Lpez Obrador menjelaskan, kebakaran susulan kebocoran paip gas di Teluk Mexico adalah satu kemalangan.
Ikhtiar untuk terus hidup, pemancing catu air minuman
Mereka memulakan perjalanan ke tengah laut pada pukul 4.00 petang Isnin lepas sebelum kipas bot terjatuh pada pukul 8.00 malam.
KPM kaji penyelarasan jadual peperiksaan - Radzi
Menterinya, Dr Radzi Jidin berkata, perkara itu bagaimanapun masih dalam peringkat kajian untuk melihat pendekatan terbaik sebelum ia dilaksanakan.
Soalan Sejarah SPM didakwa bocor: Diam, tiada kenyataan rasmi tidak selesaikan masalah - PIBGN
Presiden Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, mendiamkan diri bukanlah langkah penyelesaian terbaik.
Dakwaan soalan SPM bocor: Tidak wajar arah pelajar duduki semula peperiksaan - PAGE
Tunku Munawirah Putra mengesyorkan agar kesemua 401,105 calon SPM diberi markah lulus dan tidak perlu menduduki semula kertas peperiksaan tersebut.
SPM 2020: Soalan Sejarah Kertas 2 didakwa bocor?
Laporan itu mendakwa, antara soalan bocor yang tersebar adalah topik berkaitan 'Penentangan di Perak', 'Maritim' dan 'Wawasan 2020'.