KUALA LUMPUR:Individu yang tiada keperluan untuk mengeluarkan wang melalui i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak wajar berbuat demikian.
Itu tegas Timbalan Dekan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Mohamad Fazli Sabri yang berpandangan simpanan di KWSP itu sewajarnya adalah untuk kegunaan di hari tua.
Jelasnya, pencarum yang bercadang untuk mengeluarkan wang daripada KWSP sepatutnya melakukan penilaian kendiri dan mengetahui objektif serta tujuan utama pengeluaran itu dilakukan.
"Maksudnya perlu tahu bagaimana dari segi aliran tunai, aset dan liabiliti pinjaman. Kalau sudah jelas bahawa perlu dikeluarkan untuk meneruskan kelangsungan hidup, tidak mengapa.
"Bagaimanapun masih perlu disediakan bajet. Pencarum perlu jelas ke mana wang ini akan digunakan.
"Adakah untuk keperluan dan kelangsungan hidup? Kalau perlu, kena aturkan juga berapa peratus yang perlu kita peruntukkan.
"Ini kerana dalam penyediaan bajet, sudah ada ketetapan iaitu kita boleh guna 70, 20,10 peratus, kita boleh guna 50, 20, dan 30 peratus - iaitu 50 peratus untuk keperluan, 30 peratus untuk kehendak dan 20 peratus untuk simpanan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kebangsaan, Majlis Perancangan Kewangan Malaysia berkata dalam konteks ketika ini, menyediakan kemudahan pendidikan kepada anak-anak menjadi perkara yang penting.
Selain menyediakan peranti atau alat pembelajaran dari rumah, ibu bapa juga perlu menyediakan data Internet bagi memudahkan pembelajaran anak-anak.
"Kalau guna untuk kelangsungan dan keperluan hidup, tidak ada masalah. Cuma saya sedikit bimbang kalau kita guna apabila tertarik dengan bentuk tawaran, promosi, jualan kereta, peranti dan sebagainya.
"Janganlah beli kereta baharu, telefon bimbit, peranti, guna untuk hiasan rumah pada masa ini.
"Wang itu tadi telah kita katakan bahawa ia adalah untuk keperluan masa hadapan, jadi jangan guna," jelasnya.
Mengulas berkenaan hasrat sesetengah pencarum untuk menggunakan wang tersebut bagi memulakan perniagaan dan pelaburan, beliau berpandangan ia bukanlah satu halangan.
Namun, ilmu perniagaan dan pelaburan itu perlu ada sebelum sebarang pelaburan dilakukan.
"Saya rasa tidak salah untuk gunakan untuk perniagaan atau sebagai modal perniagaan.
"Cuma kebimbangan saya adalah sejauh mana kita ada ilmu, pengetahuan dan kemahiran berkenaan bentuk perniagaan yang kita jalankan.
"Kita harus ingat bahawa apabila kita menjalankan perniagaan, sudah pastinya ada risiko, untung dan rugi. Cuma kita kalau boleh kurangkan dari segi rugi.
"Sudahlah kita keluarkan simpanan untuk masa hadapan waktu persaraan, lepas itu kita sudah rugi sebab kita tidak ada ilmu.
"Orang cakap meniaga barang 'A', kita pun meniaga 'A' dan sebagainya. Kita tidak belajar dari segi permintaan, pasaran sebagainya," katanya.
Beliau pada masa sama menasihati golongan belia yang mewakili jumlah terbesar individu muflis di Malaysia supaya sentiasa bijak dalam membezakan keperluan dan kehendak.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Feb 13 2021

Pencarum yang bercadang untuk mengeluarkan wang KWSP sepatutnya melakukan penilaian kendiri dan mengetahui objektif serta tujuan utama pengeluaran itu dilakukan. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar

1,018 pegawai dan anggota polis Johor dikecualikan terima vaksin COVID-19
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka dikecualikan atas nasihat doktor setelah mengambil kira keadaan kesihatan masing-masing.

"Cuti 55 hari di New Zealand untuk lawat keluarga, ikut prosedur" - Timbalan Menteri Wilayah
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Santhara Kumar jelaskan, percutian beliau selama 55 hari diluluskan Perdana Menteri.

Buletin AWANI Khas: Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin

Vaksin COVID-19: MB jadi individu pertama terima suntikan di Johor
Johor menerima 70,200 dos vaksin pada fasa pertama, namun jumlah itu kurang dari bilangan petugas barisan hadapan yang perlu mendapatkan suntikan.

Sesi Persekolahan | Optimus Prime dan Bumblebee tampil sambut murid
Ini pula cerita di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian Tiga, Kota Bharu Kelantan apabila guru-guru mengambil inisiatif menampilkan dua robot Transformers menyambut ketibaan murid. Optimus Prime dan Bumblebee itu memberi keterujaan buat semua murid untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

#RasuahBusters | 'Mak Kata Jangan' kempen banteras rasuah
'Mak Kata Jangan’ merupakan kempen peringkat nasional yang pertama diinisiatifkan oleh gerakan #RasuahBusters dalam usaha membanteras rasuah di Malaysia. Ketua Pasukan #RasuahBusters Central Team, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dalam satu kenyataan menjelaskan, teras utama kempen 'Mak Kata Jangan' untuk mewujudkan rantaian yang akan memberikan impak kepada pembasmian rasuah di negara ini.

Singapura | Johor cadang kemaskini SOP buka sempadan
Kerajaan negeri Johor akan mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan supaya Prosedur Operasi standard (SOP) pembukaan sempadan Malaysia - Singapura dikemaskini. Ia selepas mengambil kira faktor rakyat di kedua negara yang telah mula diberikan suntikan vaksin COVID-19 bagi menghentikan penularan pandemik COVID-19.

LHDN | Bukti ada indsutri tidak terkesan, untung besar
Masih ada industri dan sektor yang tidak kalis krisis ketika pandemik COVIID-19. Sebahagian besarnya mencatatkan keuntungan walapun ketika ketidaktentuan ekonomi. Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ini disokong dengan peningkatan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melebihi sasaran yang ditetapkan bagi tahun 2020.

Vaksin COVID-19 | 35,100 barisan hadapan Johor terima vaksin
Seramai 35,100 barisan hadapan di Johor akan menerima vaksin COVID-19 pada fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 peringkat Johor, yang bermula, hari ini. Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, jumlah itu melebih saparuh daripada jumlah barisan harapan di Johor iaitu sebanyak 41, 034 orang.

Malaysia Prihatin | Dasar WKB 2030 signifikan legasi PM
Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang diteruskan kerajaan Perikatan Nasional antara signifikan legasi kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut Pensyarah Kanan Politik Dan Hubungan Antarabangsa UUM, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, dasar itu bakal membawa negara menjadi sebuah negara maju.

i-Lestari: RM18.1 bilion telah dikeluarkan oleh 5.16 juta ahli KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan sebanyak RM18.1 bilion telah dikeluarkan oleh 5.16 juta ahli dalam kemudahan Skim Pengeluaran Akaun 2 i-Lestari.

'Hanya tinggalkan RM100' - 30 peratus ahli KWSP keluarkan hampir semua simpanan Akaun 1
Hampir 30 peratus daripada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan wang simpanan persaraan mereka di dalam Akaun 1 ketika pandemik COVID-19

Kepimpinan Muhyiddin bantu rakyat berhadapan cabaran COVID-19
Pelbagai inisiatif yang diperkenalkan Pengerusi Perikatan Nasional itu untuk membantu rakyat ternyata dapat dirasai.

KWSP umum dividen Konvensional 5.2 peratus, Shariah 4.9 peratus
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 5.20 peratus selepas mencatatkan prestasi kukuh dari aspek operasi dan kewangan bagi tahun 2020.

KWSP terus melindungi simpanan ahli walaupun dilanda krisis sepanjang tahun 2020
Jumlah agihan dividen bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM47.64 bilion.

i-Sinar, i-Lestari bukti langkah berani kerajaan PN bantu golongan terjejas
Perikatan Nasional (PN) yang genap setahun menerajui kerajaan pada 1 Mac ini, terbukti telah mengambil langkah berani membantu rakyat mendapatkan sumber kewangan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Permohonan i-Sinar diberi kelulusan bermula 8 Mac
Ini termasuk mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli.

Kerajaan, KWSP akan permudahkan proses kelulusan i-Sinar
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang telah memohon atau permohonan sedang diproses.

Urus duit i-Sinar: Apa patut jadi keutamaan?
"Saya sedikit bimbang kalau kita guna apabila tertarik dengan tawaran, promosi, jualan kereta, peranti dan sebagainya."

i-Sinar: Usah 'kelabu mata' dapat wang, utamakan keperluan asas
Semua pemohon harus sentiasa ingat bahawa tujuan utama pengeluaran wang tersebut adalah untuk menampung keperluan harian.