awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
24/12/2025
21:00 MYT
Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia
Gambar kenangan Ziana bersama ibu dan ayahnya, Allahyarham Robiah Abdul dan Allahyarham Zain Abdullah. - Gambar Instagram @iamzianazain
KUALA LUMPUR: Selepas sekitar empat bulan pemergian bapa tercinta ke rahmahtullah, pasangan adik beradik yang juga penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain dan Anuar Zain kini kehilangan ibu mereka pula.
Menurut Ziana, ibunya, Robiah Abdul menghembuskan nafas terakhir malam malam tadi.
Kata Ziana, Allahyarham ibunya yang berusia 74 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Klang, Selangor, sekitar jam 10.40 malam.
“Jenazah emak masih di Hospital Klang dan kami sekeluarga sedang menunggu proses pengurusan. Emak menghidap kanser hati yang telah merebak ke usus dan buah pinggang, malah hampir ke seluruh organ dalaman,” katanya seperti dilaporkan portal berita Kosmo!
Penyanyi itu turut memaklumkan, jenazah ibunya akan dikebumikan sekitar jam 10 pagi ini .
Pada 26 Ogos lalu, bapa Ziana dan Anuar, Allahyarham Zain @ Zin Abdullah, meninggal dunia pada usia 87 tahun di kediaman mereka di Kayangan Heights, Shah Alam.
Jenazah Allahyarham Zain dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina, Shah Alam.
Topic Berkaitan
#ibu Ziana Zain
#ibu Anuar Zain
#Robiah Abdul
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan