IPOH: Urusan perkahwinan terutamanya bagi mendapatkan sah nikah adalah antara isu rasuah yang boleh berlaku dalam Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, walaupun JAIPk dilihat sebagai jabatan yang bersih daripada sebarang amalan rasuah namun masih terdapat individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan ruang-ruang yang ada untuk melakukan perkara tersebut.
"Jabatan agama ini kebiasaannya akan dilihat bersih daripada sebarang aktiviti tidak bermoral tetapi sebagai sebuah jabatan kerajaan kami masih boleh terdedah kepada rasuah kerana aktiviti-aktiviti dekat JAIPk terdapat ruang-ruang untuk melaksanakan rasuah.
"Misalnya rasuah berlaku kepada pihak agensi kewangan atau dari segi urusan perkahwinan untuk mendapatkan sah nikah dan sebagainya.
"Pihak tertentu akan menggunakan kesempatan dan peluang yang ada untuk kepentingan diri jadi kita cuba mengelakkan daripada mempergunakan atau dipergunakan. Diharap agar pelan ini dapat membantu kami menyelamatkan dan mengawal JAIPk daripada gejala rasuah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) negeri Perak 2021-2025 yang disempurnakan Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Sementara itu, Saarani berkata JAIPk menjadi jabatan kerajaan negeri yang pertama melancarkan OACP sesi tahun ini bagi menghapuskan amalan rasuah dan salah laku integriti dalam jabatan.
"Antara perkara yang terkandung dalam pelan ini adalah dari segi ikrar, integriti, aku janji serta pelbagai lagi termasuk nasihat, tanggungjawab dan amanah yang perlu difahami, dihayati dan dilaksanakan semua kakitangan kerajaan.
"Setiap jabatan ada falsafah tersendiri dan sebab itu setiap jabatan kita akan buat satu pelan antirasuah. Kita ke arah menyifarkan amalan rasuah dalam semua jabatan dan meningkatkan integriti jabatan awam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 28 2021
MOHD YUSOP: Sebagai sebuah jabatan kerajaan kami masih boleh terdedah kepada rasuah kerana aktiviti-aktiviti dekat JAIPk terdapat ruang-ruang untuk melaksanakan rasuah. - Bernama
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.
Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.
Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.
Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.
Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy'
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.
Seorang penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM1,800
Pegawai penguat kuasa ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1,800.
Rasuah: Langkah gergasi untuk sebuah transformasi
Keputusan skor Malaysia yang jatuh 1 mata daripada tahun 2021 menunjukkan skor persepsi rasuah amat dipengaruhi oleh beberapa perkara.
Penjawat awam berdepan 16 pertuduhan terima rasuah RM45,000
Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu di sini hari ini atas 16 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM45,000, pada tujuh dan enam tahun lalu.
SPRM tahan lelaki terlibat kes penipuan bernilai RM730,000
Seorang lelaki ditahan SPRM Sabah dipercayai terlibat dengan satu penipuan bernilai RM730,000.