KUALA LUMPUR:Pembayaran agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen bagi tahun kewangan berakhir Disember 2020 perlu dilihat sebagai satu pencapaian oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ini kerana, ketika ini iklim pelaburan semasa terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, kata Pengerusi Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datin Ema Syuhaili Mohamad Sukor.
Beliau sekali gus membidas dakwaan sesetengah pihak yang dianggap tidak bertanggungjawab kerana mengetepikan fakta sebenar apabila cuba mempolitikkan kadar dividen rendah itu dengan menyalahkan kerajaan.
"Perkara ini mengabaikan hakikat bahawa ekonomi global menghadapi rintangan termasuk kesan langsung akibat pandemik COVID-19 dan pasaran kewangan yang masih tidak stabil.
"Sesungguhnya negara kita tidak mampu untuk mengelak arus ekonomi global memandangkan kita mengamalkan dasar ekonomi terbuka.
"Dalam kita mendepani cabaran dan norma baharu, usah kita mempolitikkan perkara yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat. Sebaliknya kita perlu berganding bahu dan berusaha dengan lebih kuat bagi memastikan kebajikan rakyat Malaysia terus terbela," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: [INFOGRAFIK] Dividen ASB tahun kewangan 31 Disember 2020
Ema Syuhaili mengulas kenyataan Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan yang mendakwa rakyat sejak kebelakangan ini dihujani pelbagai berita mendukacitakan.
"Apa yang boleh diharapkan daripada kerajaan yang mempunyai barisan menteri-menteri yang paling ramai di dunia? Takkanlah tidak ada bijak pandai di kalangan mereka yang boleh menceriakan rakyat?
"Saya terima banyak mesej-mesej dan luahan, kata mereka, rindu zaman BN," kata Zahida menerusi laman Facebooknya dalam hantaran bertajuk 'Dividen ASB terendah dalam sejarah'.
BACA: PNB umum dividen ASB 4.25 sen, ehsan 0.75 sen
Pada Rabu, PNB mengumumkan pembayaran pendapatan sehingga 5.00 sen seunit untuk ASB bagi tahun kewangan 31 Dis 2020.
Sebelum ini, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pelabur perlu memahami konsep penandaarasan dalam menilai pelaburan masing-masing.
Beliau berkata, strategi pelaburan global PNB juga berhasil, dengan sumbangan kasar ekuiti awam global kepada PNB meningkat kepada 24.5 peratus tahun ini daripada 6.3 peratus tahun lepas.
Jelasnya, strategi pempelbagaian aset pelaburan secara geografi telah menyumbang secara positif dalam mengurangkan impak kelembapan dalam ekuiti domestik.
Profesor Dr Mohd Nazari Ismail dari Jabatan Strategi dan Dasar Perniagaan, Universiti Malaya pula berkata, pendeposit seharusnya bersyukur atas dividen tersebut memandangkan banyak perniagaan mengalami penutupan dan yang lain pula mengharungi kesukaran kewangan ekoran pandemik COVID-19.
Astro Awani
Fri Dec 25 2020
PNB menerusi anak syarikatnya, ASNB, mengumumkan pembayaran pendapatan sehingga 5.00 sen seunit untuk dana utamanya, ASB, bagi tahun kewangan 31 Disember 2020.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai digesa tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Latihan lintas hormat udara perlu ketepatan masa dan trajektori
Pandangan itu dikongsikan Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL, Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian sewaktu diminta mengulas antara punca yang boleh diramal susulan insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi ini.
Anwar ucap takziah, kehilangan besar buat negara
Ujarnya, negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas tersebut.
Abdul Rahman lepas jawatan dalam CIMB Group, terajui semula PNB
Abdul Rahman telah berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB dari 2016 hingga 2019, yang mana beliau memainkan peranan penting dalam memacu transformasi strategik PNB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 2 5.25 sen seunit, ASM 4.75 sen
ASNB umum pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk ASB 2 dan 4.75 sen seunit untuk ASM bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.
PNB sumbang tiga jentera menuai bernilai RM414,000 kepada Zakat Kedah
Menurut PNB, usaha tersebut bertujuan membantu petani berkenaan mengurangkan kos menuai dan seterusnya meningkatkan keuntungan mereka.
KWSP umum pelantikan Ahmad Zulqarnain sebagai CEO baharu
Ahmad Zulqarnain akan menggantikan Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, yang telah dilantik sebagai Menteri Kewangan II.
PNB umum peletakan jawatan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Ahmad Zulqarnain
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, PNB memaklumkan peletakan jawatan itu akan berkuatkuasa pada 16 Februari depan.
Agong rasmi Menara Merdeka 118
Menara canggih yang memiliki 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu adalah yang kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai.
Kementerian Komunikasi tawar kerjasama dengan PNB anjur pembukaan Stadium Merdeka
Kementerian Komunikasi mempunyai kapasiti untuk menyediakan bahan arkib berkaitan Stadium Merdeka, yang mula dibina pada 1956.
Saiz dana pelaburan KWSP cecah RM1.1 trilion sehingga 31 Ogos 2023 - Steven Sim
Jumlah dana pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak RM1.1 trilion sehingga 31 Ogos, 2023.
PNB, KWSP, KWAP meterai urus niaga pajakan balik dengan ams Osram bernilai RM2 bilion
PNB, KWSP dan KWAP telah memeterai perjanjian transaksi jualan dan pajakan balik bernilai RM2 bilion dengan Osram Opto Semiconductors Sdn Bhd bagi kemudahan pembuatannya di Kulim Hi-tech Park, Kedah.
MSAM 2023 berjaya tarik lebih 200,000 pengunjung
PNB mengakhiri karnival celik kewangan tahunan terbesarnya Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Bertam dengan kejayaan yang memberangsangkan.