Pihak media serta orang ramai diminta supaya tidak terpedaya dengan kenyataan yang dikeluarkan menerusi alamat e-mel [email protected] yang menggunakan nama Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Pembantu peribadi kepada Liow iaitu Lim Chau Leng berkata Liow yang juga Anggota Parlimen Bentong hanya mempunyai satu alamat e-mel iaitu [email protected].

Beliau berkata oleh itu alamat e-mel [email protected] bukan merupakan milik Liow.

"Segala kandungan e-mel penyamar tersebut dan alamat e-mel itu tidak ada kaitan langsung dengan Liow," katanya dalam satu kenyataan Khamis.