awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha banteras rasuah perlu komitmen kolektif sektor awam dan swasta - SPRM

Bernama
Bernama
16/07/2025
14:30 MYT
Usaha banteras rasuah perlu komitmen kolektif sektor awam dan swasta - SPRM
Azam berkata selain kerajaan yang memiliki kuasa kawal selia, sektor swasta boleh menyumbang melalui inovasi teknologi, akses kepada data dan sumber operasi. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Usaha membanteras rasuah memerlukan komitmen kolektif antara sektor awam dan swasta dalam membina institusi berdaya tahan dan masyarakat yang beretika, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Beliau berkata selain kerajaan yang memiliki kuasa kawal selia, sektor swasta boleh menyumbang melalui inovasi teknologi, akses kepada data dan sumber operasi.
"Usaha memerangi rasuah menuntut komitmen berterusan, integriti yang tidak berbelah bahagi serta tindakan secara bersama.
"Kerjasama awam-swasta ini menjadi pemangkin bagi membawa kekuatan dan tanggungjawab bersama dalam membina masyarakat yang bebas rasuah," katanya dalam kenyataan selepas merasmikan bengkel anjuran bersama SPRM dan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) di sini hari ini.
Bengkel bertajuk "Advancing Integrity Together: Public-Private Partnership for Inclusive Anti-Corruption Reforms" itu disertai peserta dari pelbagai negara antaranya Brunei, Denmark, Laos, Mongolia, Myanmar, Arab Saudi dan Oman.
Azam berkata Malaysia telah menunjukkan kemajuan dalam usaha membanteras rasuah apabila kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara meningkat ke tangga ke-57 pada 2023 berbanding ke-61 pada tahun sebelumnya.
Beliau berkata ia didorong pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang mencatat kadar pencapaian 77 peratus, dengan 85 daripada 111 inisiatif berjaya dilaksanakan.
Bagi meneruskan momentum berkenaan, SPRM katanya telah melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 merangkumi lima strategi teras iaitu Pendidikan, Kebertanggungjawaban Awam, Suara Rakyat, Penguatkuasaan dan Insentif, disokong 60 substrategi pelaksanaan.
"Selain itu, SPRM turut melaksanakan pelbagai pembaharuan termasuk penggunaan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI) dan teknologi blok rantai dalam siasatan dan pemantauan dalam mendahului taktik rasuah yang semakin kompleks.
"Kerjasama dengan UNODC penting dalam menjayakan kerangka usaha global termasuk aspek liabiliti korporat, integriti sektor swasta dan kerjasama rentas sempadan," katanya.
Turut hadir Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan (BDPP) SPRM Rasidah Abdul Karim dan Ketua Pasukan Hab Antirasuah UNODC untuk Asia Tenggara Annika Wythes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#SPRM
#integriti
#sektor swasta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan