awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WEF2026: AI tiada guna kalau tidak disebar kepada semua lapisan masyarakat - Satya Nadella
Pengeluar telefon pintar kurangkan pengeluaran peranti akibat kekurangan komponen
Harga emas catat rekod tertinggi baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas buta tinggal bersama jasad anak ditempatkan di Rumah Seri Kenangan

Bernama
Bernama
06/12/2025
06:55 MYT
Warga emas buta tinggal bersama jasad anak ditempatkan di Rumah Seri Kenangan
Nancy ditemui pemberita pada Program Nyamai Sarawak Gastronomy Festival 2025 di Kampung Budaya Sarawak, Santubong, hari ini. - Foto Bernama
KUCHING: Seorang wanita warga emas cacat penglihatan yang ditemui tinggal bersama mayat anak perempuannya selama beberapa hari akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan.

Ringkasan AI
  • Wanita warga emas cacat penglihatan yang tinggal bersama mayat anaknya akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan, selepas beberapa hari tinggal bersama mayat anaknya.
  • Menteri Nancy Shukri mengesahkan wanita berusia 69 tahun itu akan menjalani pemeriksaan fizikal dan mental untuk menilai kesihatannya.
  • Nancy menyeru kepada ketua masyarakat agar berperanan aktif dalam menyediakan maklumat tentang bantuan kerajaan kepada masyarakat, untuk mengelakkan kejadian serupa berulang.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata wanita berusia 69 tahun itu juga akan menjalani pemeriksaan fizikal dan mental bagi mengetahui tahap kesihatannya.
"Tindakan telah diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lebih elok ditempatkan di rumah tersebut sebab kini dia keseorangan selepas kematian anak yang menjaganya," katanya ketika ditemui pada Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2025 di Kampung Budaya Sarawak di sini, hari ini.
Semalam media melaporkan seorang wanita warga emas cacat penglihatan terpaksa merangkak sejauh kira-kira 150 meter untuk mendapatkan bantuan selepas beberapa hari tinggal bersama mayat anak perempuannya di sebuah pondok di Jalan Kampung Telok Sabang, Kota Samarahan.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Supt Damataries Lautin dilaporkan berkata warga emas berkenaan menyedari anaknya yang berusia 48 tahun telah meninggal dunia pada 30 Nov, selepas mengadu sakit dada dan sesak nafas
Walau bagaimanapun, warga emas itu tidak mampu berbuat apa-apa sehinggalah bau mayat anaknya yang semakin kuat terhidu memaksanya keluar merangkak mencari pertolongan.
Sementara itu, Nancy menyeru kepada semua ketua masyarakat agar mengambil peduli perihal masyarakat terutamanya di kawasan kampung bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.
"(Peranan ketua masyarakat) ini membolehkan penduduk kampung mendapatkan maklumat tepat mengenai pelbagai bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan dan melalui saluran yang betul khususnya JKM," katanya.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#warga emas buta
#tidur dengan mayat anak
#Nancy Shukri
#Rumah Seri Kenangan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan